TRAGEDI

16 jan 2011


awak..perlahan lah sikit..
laju sangat ni..
bahaya nanti..


tak apalah..
awak duduk diam-diam ya sayang..


awak,saya takut lah..


awak..
jangan takut saya ada..


banyak kereta lah..
kenapa awak bawa laju sangat malam ni..?


takut sangat..
ehh! pakai helmet cepat..


helmet kan ada satu saja..


ambil kat kepala saya ni..


habis awak nanti?


jangan risaulah..


okey saya ambil ni..
dah pakai..


baguslah..
awak..saya nak tanya boleh..?


tanyalah..


awak sayang saya tak?


mestilah saya sayang awak..


kalau macam tu..peluklah saya kuat-kuat..


okey..saya peluk ya..


terima kasih sayang...
-menitis embun-


-merintih sendiri-


awak tak cakap dekat saya hal sebenar..
awak suruh saya pakai helmet..
awak suruh saya peluk..
rupanya awak tahu, awak akan tinggalkan saya..
kenapa awak tipu saya..
awak tak beritahu saya..
yang....
motor awak tiada brek masa itu..


adakah awak tak mahu saya risau..?


saya tak akan lupa pada awak..
sayang..


-titis embun sepi-


sakura, 01:25am

SELAMAT PAGI

16 jan 2011


lambatnya..
mana ni?


-20minit kemudian-


selamat pagi..putera kacak awak sudah tiba..


mana? mana?


kat sini lah..
tak nampak ke?


mana?


depan awak ni..


awak bukan putera kacak saya..


habis saya siapa??


awak penyeri hidup saya..


-mereka tersipu-




sakura, 01:13am

ROLLER COASTER

16 jan 2011


jom kita naik roller coaster..


ha? kat mana?


nak naik tak?


hmm..nak..tapi kat mana?


kat sini..weeee....


-tersenyum-
roller coaster atas jalan raya..?


seronok?


-lihat satu sudut-




sakura, 01:09am

BUNGA HIGHWAY

16 jan 2011


cantiknya bunga tu..


awak nak ke?


ha? mestilah..


diam tanpa kata..
hanya khusyuk melihat kecantikan bunga..
bunga yang melambai-lambai di waktu malam..
pandang sahaja, mula tersenyum..
duduk..diam..
5minit kemudian..
bunga highway itu berada dalam tanganku..




sakura, 01:04am

RUTIN PAGI

16 jan 2011


aku berjalan menuruni bukit..
angin bukit sepoi-sepoi bertiup..
aku jalan hingga aku jumpa tempat untuk duduk..
aku duduk..
tiba-tiba datang seekor kucing hitam..
mengiau di sebelah aku..
aku gosok dia..
aku belai dia..
dia manja dengan aku..


datang seorang ibu dan dua anak kecilnya..
membawa anak-anaknya bersiar..


"mama..kucing lah.."
"nah..ambil keropok ni,bagi kucing tu sikit"


anak kecil itu datang ke arah aku..
memberi kucing itu makan..
"nah..kucing,makanlah"
"dah jom balik"
"okey mama.."


aku melemparkan senyuman kepada ibu itu tadi..
dia membalas senyumku..


hari seterusnya..
aku turun lagi bukit seperti biasa..
dan kali ini..
kucing hitam itu mengekori aku dari belakang..
aku duduk di tempat biasa..
kucing itu melabuhkan dirinya di atas riba aku..


datang ibu dan anak kecilnya lagi..
"mama..nak keropok.."
anak kecil menuju ke arah aku lagi..
"nah kucing lapar.."


kali ini..ibu dan anak kecil itu pula senyum kepadaku..
aku membalasnya..
angin bukit bertiup sepoi..tanpa henti..
pagi mendung yang sangat tenang..


itulah rutin pagi..


sakura, 00:52am

BUKA MATA

15 jan 2011


buka mata..


jam sudah pukul 07:30 pagi..


siap akhirnya tepat pukul 08:30 pagi..


berjalan keluar rumah, menunggu kereta merah putih..


naik kereta, 


"brrr brrrr" vibrate handphone ni..


"cepat..."


sampai di stesen lrt...


"tiket ke masjid jamek 1"


naik tangga, masuk lrt..


aahh! tak ada tempat duduk pula..
berdiri sahajalah..


bergoyang-goyang dalam lrt..


sampai akhirnya..
10-15 minit berjalan menuju ke tempat belajar..


sambil "karoke berjalan"
tiba di tempat belajar..
buka laptop..
mula menaip..


sakura, 02:31am