BISA CINTA

01 june 2011


awak seolah-olah, semakin jauh dari saya.
kenapa? saya ada buat salah ke awak?
saya buat awak tak selesa ke?
bagitahu lah saya.
jangan bunuh saya perlahan-lahan macam ni.
sakit nya bisa awak.
saya tahan demi kasih saya pada awak. kerana sayang saya pada awak. punca cinta saya pada awak.
bukan kerana diri awak. saya seperti cuba masuk ke dalam hati awak.
tapi seperti ada satu tembok keras yang menghalang saya.
adakah awak yang bina tembok itu? jika awak. kenapa? kenapa awak bina tembok itu?
saya cuma harap awak hancurkan tembok itu suatu hari nanti.
berdosakah saya menyintai awak?
diam bisu saya setiap kali berdepan dengan awak.
saya seperti manusia yang tiada perasaan. hebat kan saya?
saya langsung tak menitiskan air mata di hadapan awak.
sebab saya tak nak awak nampak kesedihan saya.
awak. saya ni kadang-kadang annoying ke pada awak?
kalau ya, tolong bagitahu saya.
supaya saya takkan pandang awak lagi lepas ini, sebab tak nak awak rasa annoying.
saya ni jahat ke awak? kalau ya, bagitahu saya awak.
supaya saya tak buat jahat dengan merindui awak.
saya selalu keseorangan awak. bila awak tiada.
maafkan saya kerana kerap mengingati diri awak.


hari ini, saya nampak awak, saya cuba call awak, 
awak jawab. sukanya saya. tapi awak bagi jawapan yang mengecewakan saya awak.
sendiri lagi saya hari ini.
dan saya nampak bayangan awak di hadapan saya
ketika saya di dalam train.
awak keluar sambil senyum.
mungkin awak tak sedar ketika bayangan awak datang jelma depan saya.
saya dah suruh dia balik. jangan marah dia ya awak.


*biarkan aku jatuh cinta*


sakura, 00:33am



SUARA HARAP

30 mei 2011


awak. maafkan saya. 
saya tahu awak tak kisah pun. tapi saya kisah.
saya tetap nak minta maaf. sebab ..
malam tu saya nampak awak. tapi lidah saya kelu untuk berbicara.
saya hanya senyum, dan berlalu pergi macam tu saja.
saya cuba tunggu awak dekat luar. 
tapi saya tengok awak sibuk sangat.
saya tak dapat nak mesej awak, sebab kredit saya dah habis.
jadi saya pun pergi berlalu macam tu saja awak.
hampa sangat.
saya rasa bodoh sangat masa tu.
kebetulan kawan saya ada yang nak teman saya berjalan ke stesen.
jadi saya pun biarkan saja.
sepanjang perjalanan saya fikirkan awak. hati saya sangat tak tenang.
semua jadi bercelaru. saya sangat risaukan awak.
ya, saya tahu awak tahu jaga diri. tapi saya tetap risaukan awak.


awak nak tahu tak? masa awak jauh dari saya.
saya duduk dan selalu memerhatikan awak.
tapi saya tak dapat kata apa-apa.
hanya mampu berkata dalam hati .. yang saya sangat merindui awak.
saya terseksa awak bila bercakap dengan hati sendiri.
tapi saya tak kisah, sebab saya suka tengok awak gembira dan senang dengan saya.
awak sering buat saya tersenyum.
awak..awak jangan membenci saya ya? awak jangan marah saya ya?
sebab balik sendiri malam tu tak bagitahu awak.
saya tahu awak sebenarnya tak kisah pun. :)
tak apa lah. :)


sepanjang dalam perjalanan pulang. saya termenung memikirkan awak.
apa agaknya yang terjadi pada awak.
bila saya sampai di rumah, saya tunggu awak Online.
tapi awak masih tiada. saya tunggu sampai pukul 4pagi. sampai saya tertidur.
hari ini saya cuba cari awak, tapi awak tiada.
saya tanya kawan awak, awak ada tak, tapi diorang semua kata tak nampak awak hari ini.
saya pulang ke rumah dengan hampa. saya cuba call awak, tapi awak off hp.
saya tengok awak tak online juga. hati saya mula tak senang.
saya mula rasa yang saya ni telah buat salah dekat awak.
mungkin awak dah marah saya? awak. tolong maafkan saya.
saya tak dapat maafkan diri saya kalau saya buat awak sakit. :(


*suara berharap*


sakura, 18:34pm

SAKIT LUAR

30 mei 2011


lidah kelu. 
hati teruja.
fikiran kusut.


aku cuma ingin mengajak dia pulang bersama.
susah ke untuk ungkap semua itu?
hanya senyuman yang singgah di wajah aku.
kemudian hilang. entah ke mana.


aku berjalan pulang sendiri. 
perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.
tapi masih juga tiada.
aku tiada cara lain lagi.
hanya mampu diam dan berjalan terus ke hadapan.


"aduh. sakit. tolong jangan datang waktu sebegini"


*sakit yang teramat, pulih lah cepat*


sakura, 01:16am

TEWAS

29 mei 2011


aku lah ratu segala emperor ini.
Emperor Cinta yang kau banggakan dulu.
kini menjadi milik aku.
kau telah tewas di medan perang setia.


berikan takhta itu pada aku. Mahkota Cinta akan aku pakai.
kerana akulah yang berhak merintah emperor ini.
kau sudah dilucutkan jawatan daripada memegang senarai cinta.
nyah kau dari sini. .
aku campak kau ke dalam lubang sepi yang gelap.
duduk lah kau di situ, mencari silap kau.


akan aku bawa kau keluar satu hari nanti.


*tersedar dari lamunan*


sakura, 16:23pm

BERPADA-PADA

29 mei 2011


jangan mengharap, kerana ia terlalu sakit.
jangan menanti, kerana ia suatu penyiksaan.
jangan mencari, kerana ia akan merunsingkan.


jangan pernah alpa dengan diri. 
sayangi orang yang disayangi dan disayangi oleh orang yang menyayangi ..
adalah satu situasi yang berbeza untuk satu individu.


*terlalu sayang kadang-kadang membawa kebencian. AWAS*


sakura, 04:26am

SENYUM

28 mei 2011


awak ni siapa?
siapa awak dengan dia?
awak ada apa-apa ke?
bagitau lah.


: ini rahsia kita lah awak. 


*senyum*


sakura, 23:10pm

PI-MILIH

24 mei 2011


serah hati pada tentera cinta.
rendah diri pada dewa sengsara.
takut dibuang negara bahagia.


bila kuli kecewa sudah berkuasa, rakyat sunyi menjadi takut.
keadaan pilu menjadi huru-hara.
sangat meragui dengan diri sendiri.
hati menghasut, akal berunding.
pening memikirkannya.


pilihan datang menakluk negara.
adakah memilih terpaksa akur? 
'yang' memilih menegakkan kebenaran.
pertengkaran kecil telah berlaku.
akhirnya...
keduanya seri.
akur dengan keputusan.


pilihan tak semestinya untuk dipilih.
kadang-kadang pilihan yang harus memilih.
bukan salah pilihan untuk memilih.
kerana pilihan lebih menyakitkan dari memilih.
keputusan harus dibuat berdasarkan pilihan atau memilih.


*jangan bergaduh*


sakura, 01:37am

DIAM,SABAR,CAKAP

23 mei 2011


melihat bandar hijau di depan mata.
bersama langit yang 'badmood' .
menanti untuk langit 'menangis' .


sambil aku termenung, aku berfikir . .
benar apa yang harus aku lakukan.


'diam itu lebih baik, sabar itu harus, dan bercakap bila perlu'


jangan buat tindakan melulu. 
aku bukan siapa-siapa di sini.


*silent*


sakura, 23:34pm







SAMPAI BILA

22 mei 2011


seronok, gembira lihat senyuman dia.
kenapa ada macam-macam rasa ni?
kenapa? 
aku cuma mahu satu rasa sahaja.
tolong.
jangan buat aku macam ni.
sampai bila?? harus begini.


*menangis*


sakura, 23:59pm

CAPRICORN

21 mei 2011


tepat jam 4 petang pada hari khamis di bulan December.
seorang bayi perempuan telah lahir di dunia.
bayi perempuan yang sangat kecil dan comel.


pada tahun 1999 dia telah masuk ke tadika,
dan berkawan dengan ramai kawan cina.
dia kurang fasih bercakap bahasa melayu.
comel.
selamat tinggal 1999, kini dia telah sekolah rendah 
di situ, dia belajar untuk bercakap bahasa melayu,
pada masa itu dia tidak mempunyai ramai kawan 
kerana kawan-kawan menganggap dia budak asing di situ.
tapi dia sangat pintar dalam pelajaran.
dia rajin dan sangat pendiam dalam kelas.


pada tahun 2006  dia melangkah ke sekolah menengah.
gadis yang kecil dulu telah remaja kini.
janggal pada mulanya melangkah ke alam remaja.
menjadi seorang yang pemalu dan pendiam.
pada tahun 2008 gadis ini telah tahu apa itu erti hidup.
gadis ini mula untuk cuba berfikir jauh dan matang.
sikapnya yang pendiam itu kini berubah menjadi peramah.
sikapnya yang peramah pula sangat disenangi oleh rakan-rakannya.
seronok berkawan dan bersaing dalam pelajaran.
gadis ini tidak suka terlalu bersosial. 
gadis ini hanya suka duduk di rumah, dan keluar di halaman rumah.


tamat sudah belajar di sekolah menengah, pada tahun 2009.
dia mula masuk ke kolej pada tahun 2010.
rasa sangat ganjil dan asing muncul lagi sekali dalam hidupnya seperti dulu.
tapi kali ini dia tidak lagi diam seperti dulu.
gadis ini sangat ramah dengan semua orang.
disenangi oleh semua rakannya.
gadis ini cuba untuk bersikap lebih matang.
namun sikapnya kadang-kadang masih kebudakan.
pengalaman dan perjalanan hidup yang mengajarnya.


kini..
gadis itu sudah tahu apa itu erti hidup, keluarga, cinta, sahabat.
kasih sayang dan kebahagiaan.
duka dan sengsara.
semua itu hadir tanpa disedari.
semua itu dipelajari sikit demi sedikit.


*Capricorn yang lahir di bulan December*


sakura, 20:39pm



KONGSI

16 mei 2011

poster "kongsi" 

ini lah art dari Farid Kamil. not bad. i like it. 
cuma terlalu banyak kabur dalam cerita ni.
cerita ni pernah shoot di area kolej Ara.
cerita ni quite funny and nice action.
effort tu nampak.
tak nak comment banyak-banyak dulu.
tak mahir lagi. 
apa-apa pun enjoy cerita ni.

farid kamil dan sam dalam TM "kongsi"



sakura, 13:13pm


SUDUT

16 mei 2011

melihat rintik-rintik hujan jatuh menimpa pokok rendang di waktu malam.

dia ada di sudut situ.
apakah yang cuba aku fikirkan?
aku terlalu leka memerhatikan hujan merintik-rintik.

mengharap sesuatu indah.
segala gelak tawa sahabat yang lain tak didengar lagi.
semua ibarat hilang dari dunia aku.
aku leka dengan lamunan aku.

terlihat dia di sudut situ lagi.
hati kecil aku berkata..

*intai cinta dalam rahsia* episod 2

sakura, 23:25pm

STESEN

16 mei 2011


berjalan di bawah hujan renyai,


"opp! hampir terjatuh" 


putera menyambut tangan gadis.
sambil mereka berjalan. gadis meminta putera untuk menyanyi.
gadis tidak mahu putera diam sahaja.
"nyanyilah. janji jangan membisu"


putera hanya tertawa.
tidak lama kemudian, mereka bernyanyi bersama.
putera memimpin tangan gadis.
sepanjang perjalanan mereka.
gadis telah membaca satu naskah yang ditulis oleh putera.
dan gadis merasakan sesuatu tentang naskah itu.
jantung gadis berdegup kencang.
apa sebenarnya itu? kenapa serupa? sebijik?
tapi gadis tak mahu berharap lagi.
gadis takut hati terluka lagi.
biarlah gadis berdiam diri. seolah tidak tahu apa-apa.
kenapa putera buat macam tu?
putera sedarkah apa yang putera dah buat?
atau putera sengaja buat untuk memainkan gadis?


sewaktu putera berada pada jarak jauh .
gadis terlihat putera tersenyum sendirian.
melambai gadis itu kepada putera.
dengan harapan....


*menanti stesen terakhir*


sakura, 23:19pm

INTAI

16 mei 2011


"how can i forget about you?
i cant stop thinking about you."


dia..
semakin hari semakin beri aku harapan.
aku jadi sakit dengan semua itu.
aku perlu SENDIRI .. 


*intai cinta dalam rahsia*


sakura, 03:25am

KOTAK

15 mei 2011


aku sedang cuba, tapi tak dapat.
aku sedang merintih, tapi masih sakit.
apa lagi harus aku buat.


mengikut kira-kira aku potong satu angka.
mengikut kata-kata aku perlu diam.


habis semua tak berguna. 
jadi?


"degil, masih menetap dalam kotak hati ni."


"suka hati kau lah"


*shhhh..


sakura, 03:03am

HOW

11 mei 2011


masih tiada mood untuk menulis.
apa lagi yang harus ditulis?
semua sudah hilang. 
cuma satu belum..


aku rindu dia .




*diam*


sakura, 09:33am

EPILOG AKHIR

09 mei 2011

Hancur musnah harapan aku. segala yang aku pendam, segala yang aku rasa kini hancur begitu sahaja. Pilu, sakit, pedih, luka yang parah di hati aku. berkecai melihat dan mendengar semua itu. Ternyata apa yang aku rasa selama ini benar. Dia menyukai orang lain sebelum ini, dan aku kenal siapa dia. Untung orang itu, sangat beruntung apabila disukai seseorang yang sangat mulia, sangat baik, dan sangat penyayang. Kenapa bukan aku di tempat gadis itu? Kenapa bukan aku? kenapa harus ini tempat aku? “awak kena kuat” itu yang dia pesan pada aku. setiap kali aku berbicara dengan dia. Ya! Aku kuat. Aku boleh kuat. Tapi dia tahukah kemampuan aku sejauh mana? Aku hanya menganggukkan kepala setiap kali mendengar kata-kata dia. Ya allah. Kenapa ini harus terjadi dekat aku? apa ujian Mu terhadap aku? aku cuma inginkan kebahagiaan. Tiada lagi yang lain. Perit hati aku setiap kali berdepan dengan dia, aku memang tidak sempurna. Sangat tidak sempurna, malah gadis itu lebih sempurna dari aku dan mana-mana wanita dalam dunia ini. Aku cemburu dengan gadis itu. Sangat cemburu. Tapi aku tak boleh salahkan dia, kerana dia adalah orang yang disukai oleh jejaka yang aku cintai. aku terlalu mengangumi diri dia sehingga aku sanggup mencederakan hati aku sendiri tanpa aku sedari. aku tak pernah salahkan dia. Ingat lagi dulu. aku pernah katakan pada dia, kalau dia nak lihat orang yang aku suka, lihat mata orang tu, dan orang tu akan terus memandang wajahnya. Tapi, setelah perkara ini berlaku, setelah cinta aku tak terbalas, aku katakana pada dia lagi sekali. “janji dengan saya satu perkara, janji yang awak tak akan pernah salahkan orang dalam cermin tu”. Aku menghulurkan jari kecil ku, lama aku menunggu untuk dia memaut jari aku. “dan jangan pernah pisahkan saya dengan orang dalam cermin itu, saya merayu” dia hanya diam! Memaut jari kecilku dengan perlahan. Aku terus menangis tanpa henti. Dia memegang tangan aku. aku dan dia terdiam saat azan isyak berkumandang. Kami hanya termenung dan bisu terus tanpa kata apa-apa. Aku beri pada dia buku kecil yang menjadi peneman aku saat aku merindukan dia. Saat aku dalam kesunyian, hanya buku itulah peneman aku dan hanya buku itu yang tahu rahsia hati aku selama ini. “dulu ketika saya memendam rasa, buku inilah tempat saya meluahkan perasaan saya, kini ia dah tak berguna untuk saya lagi, saya beri pada awak, awak simpanlah ya.. jangan beri pada saya kalau awak tak mahu buku ini sekalipun” . dia menangis bersama aku. aku semakin sayang kepada dia. Semakin merindui dia. Aku tak dapat membenci dirinya. Dan aku katakan pada dia, mungkin ini takdir yang aku dapat. Dia hanya membisu tanpa bersuara sepatah pun. Yang dia hanya mampu kata pada aku, ‘kuat’ aku harus kuat kata dia. 29 april 2011 aku mula menulis buku itu kerana aku tak dapat menahan lagi hati aku yang penuh tentang dia yang aku pendam sejak perasaan kasih dan cinta itu hadir sebelum ini tanpa aku sedar bilakah waktunya.. Dan aku tamat menulis pada 08 mei 2011 . aku tak sangka , cukup sepuluh hari aku menulis. Akhirnya semuanya berakhir pada malam itu. Terima kasih sebab mendengar luahan aku. tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan jauhi aku, tolong jangan membenci aku, tolong jangan pernah berubah. Jadi lah seperti dulu, ketika aku mengharapkan dia. Tolong izinkan aku mencintai dia, walau hanya dalam diam. Jangan rampas kebahagiaan aku sendiri. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Seandainya orang dalam cermin itu harus hapus. Akulah orang yang akan memecahkan cermin itu. Tidak sesekali penghadir yang lain. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya juga. Sekiranya awak sedang berduka, saya sentiasa ada di sini. Di dalam hati dan fikiran awak. Walaupun awak tak pernah sedar semua itu.


*menutup dengan senyuman*
~epilog akhir

sakura, 09:48am -coming soon-

APA NI ?

05 mei 2011


perasaan sayang itu sangat besar maknanya.
sayang pada allah .
sayang pada keluarga.
sayang pada kawan.
sayang pada kekasih.
sayang pada haiwan peliharaan.


semua itu sangat berbeza.
kenapa? 
kerana manusia sangat pedulikan tentang perasaan mereka sendiri.
perasaan yang berbeza dapat buat manusia berfikir.


saya sayang awak ..
tolonglah faham.




*hard for me*

FIKIRKAN

04 mei 2011


macam mana saya nak kenal dia?
saya tak tahu dia siapa.
perwatakan dia macam mana.


awak nak kenal dia macam mana?
"awak tengok dia, dia akan terus tengok awak"


fikirkan~


*miss you


sakura, 23:15pm

AWAK

03 mei 2011


hei awak. awak apa kabar?
harap awak baik-baik saja.
awak, andai awak tahu
saya sangat cintakan awak.


hei awak. setiap malam saya berdoa
saya berdoa kepada Maha Pencipta
agar cinta saya jadi kenyataan
agar saya tenang meniti kehidupan.


mengapa awak tak membalas cinta saya?
mengapa awak abaikan rasa saya?
atau mungkin hati awak membeku
hingga awak tak pernah peduli perasaan saya.


cubalah mengerti keadaan saya.
dan cubalah pahami keinginan saya.
saya ingin awak jadi milik saya.
lengkapi jalan cerita hidup saya.




*a..wak~


sakura, 23:32pm



TQ

03 mei 2011


sakit sangat migraine tadi. 
thanks to him. coz care bout me. and sending me home.


*duduk sendirian


sakura, 23:22pm