GUIENA PIG

25 june 2011


guinea pig!!! cuteee!!! i want i want i want <3


i want this!!!!!
OMG!! it so cutee <3


sakura, 01:27am

phD

25 june 2011


senyum sampai ke telinga. ^^,
kenapa ye? ada lah. :P ehehehe.


sapu sawang dalm blog ni sudah,
lap-lap biar berkilat blog ni pun sudah.


apa lagi ye? ohh! ada satu saja mesej.


hidup ni jangan menunjuk sangat ambil "phD" tu. :)
tak perlu lah nak tayang sangat.
buat malu kaum saja. :)


ini diri aku, suka hati aku lah nak macam mana pun.


relax sudah. :)




*Perasaan Hasad Dengki*


sakura, 00:28am

THANK YOU

17 june 2011


i'm not going to write for a while.
cause someone feels annoying.


*thank you*




sakura, 00:50am

PELANGI

14 june 2011


G: awak. indahnya pelangi tu kan?


B: ha'ah. tapi semua tu sementara saja awak, kejap lagi hilang.


G: kenapa?


B: samalah macam kebahagiaan. tak selamanya indah.


G: takutnya :( 


B: tapi pelangi tu pasti akan muncul balik. tahu kenapa?


G: saya tau. :)




*Allah takkan membiarkan umatnya berduka selamanya*




sakura, 00:30am

SAKURA MALAM

12 june 2011


bila sakura mengembang diwaktu malam.


Delisha sering duduk di bawah pokok sakura pada waktu malam.
menyandar di batang pokok dan melihat bunga sakura gugur sedikit demi sedikit.
membiarkan bunga sakura gugur di atas rambutnya yang lembut seperti sutera.
Delisha mengambil sekuntum bunga sakura, dan melihat ke langit yang penuh dengan sinaran bintang. Menitis air mata Delisha di kelopak bunga sakura, mengenangkan seseorang yang dicintainya. Delisha mengharapkan puteranya ada disampingnya. Namun semua itu tak akan terjadi kepadanya, kerana dia tahu putera yang disayanginya bukan milik dia, dan dia tidak layak untuk putera itu.
Delisha menangis terus dan berhajat supaya dia dapat menyampaikan sesuatu kepada putera itu, melalui bintang-bintang di langit. Delisha ingin puteranya tahu, yang Delisha sangat merindui puteranya. <3 


*bintang..sampaikan rindu aku pada dia*


sakura, 22:40pm

SELENA GOMEZ

12 june 2011


Selena Gomez (Selena Marie Gomez), an adorable girl which is born on 22 july 1992 (grand Parie, Texas, uk). this girl was a singer and actress. 


she's become an artist and acting since 2002. start singing on 2009. :)
i love her songs. espeacially 'Who Says'. Gosh she's so amazing and wonderful girl. ^.^
there's a gossip that she is Justin Bieber's gf. was that true ??? 0.o''






*she's so adorable*

sakura, 18:57pm



TEARS

12 june 2011


awal sem? dia nak keluar awal sem? dengan sape?
buat aku tertanya-tanya. sape orang tu? adakah......
:( tak berani nak cakap. diam saja lah. mungkin ya, mungkin tak :(
untung dia.. disayangi awak, dan menyayangi awak


today i don't feel happy like before.
i feel sad and more sadness come to me.  >.<
kalau masih camni. sampai bila??
kenapa aku masih sakit. redha saja lah!!!
kenapa aku masih teringat and masih mengharap?
dia bukan tercipta untuk aku. kan? kenapa tiada jawapan? T.T


*hati bicara*




sakura, 16:19pm

3 EQUAL TO 1

12 june 2011

Ara rasa sangat sedih hari ni. tak tahu kenapa. ada rasa sesuatu yang tak tenang.
lepas solat, rasa lega sikit. tapi kepala ni asyik fikirkan sesuatu, apa yang Ara fikir sebenarnya? macam-macam dalam kepala ni. bercabang-cabang akar rasanya. kenapa Ara asyik fikir banyak ni? sebab Ara sunyi ke? atau stress? ye lah sekarang tengah cuti. tak tahu nak buat apa. job tak ada lagi. bosan lah. hmmm :( kawan pulak kate nak gathering, tapi satu pun tak dapat jawapan lagi. bila lah nak confirm ni?? >.< Ara nak  jalan-jalan ngan kawan Ara. :( rindu kat diorang. 

laparlah pulak. hari ni satu hari tak makan. eh! ye ke? oh. makan waktu pagi tadi je. baru terasa lapar. tak leh nak sleep lah pulak. time nie lah nak jadi semuanya. huuu~ :(
main game kat i-pod, "Gangster Miami Vindication" seronok gak. tapi mission game ni susah-susah semua. >.< tension!!! 

*lapar+bosan+sunyi= TENSION*




sakura, 03:42am

KENAL

11 june 2011


tahniah! dah kawin akhirnya kawan aku ni.


eh. nanti turn kau lah pulak kan?


insya allah. haha :D aku nak balik dulu ni. 


jom aku hantar kau, tadi pun kau datang dengan teksi kan?


eh. tak apa lah. :)


jom lah. abang..! jom teman sayang hantar kawan saya ni. dah tukar baju biasa dah?


susahkan kau saja.


tak apalah. rumah kau yang dulu kan?


ya.




*15 minit kemudian*


dah sampai pun.


terima kasih ya. aku ..pergi dulu. :)
jaga suami kau ni baik-baik.


okey. bye-bye :)


*dalam perjalanan pulang*


abang...macam mana abang tau jalan nak ke rumah kawan saya tu?
sedangkan kami tak bagitau pun lagi arah mana nak lalu. :)






*aku pernah mengenali dia*


sakura, 00:02am

IMY

11 june 2011


i miss him a lot.


may god bless him always. no matter where he are. 




*kini di sebelah saya kosong*




sakura, 01:24am

PAST

10 june 2011


tadi masa ara duduk nan mumy. kami bersembang tentang kehidupan kami yang dulu ketika duduk di keramat AU3.
di situ lah bermula segalanya.


dulu sebelum berpindah ke Keramat, Ara dengan keluarga duduk di sebuah banglo milik aunty Ara. Kami hanya menumpang selama 3 tahun .


Ara seronok bermain dengan sepupu Ara di situ, ketika umur Ara 5 tahun, Ara dihantar ke sekolah tadika cina setelah habis tadika 'Sport (chinese)' di Petaling Jaya, Ara dan keluarga berrpindah ke Keramat. Ara bermula sekolah rendah di Keramat ketika umur 6 tahun. Pelikkan? me too, but i have never ask my mum. :) 
masa Ara darjah 4, Ara ada seorang kawan baik, nama dia Qusyairi (along). Dia jiran Ara, adik-beradik dia 2 boys, 1 girl. boy (angah, achik) paling kecik sekali (payung) :D comel kan nickname dia? :D kami seronok bermain sama-sama. 
mumy selalu marah achik sebab selalu minta duit dengan mumy. hehehe. Along sangat baik, rindu dekat diorang. lebih-lebih lagi along. macam mana lah keadaan diorang semua kan? dulu Ara pernah kena buli dengan seorang budak lelaki yang jahat. jiran Ara juga, along backup Ara time tu, kesian pula dia, :) 


tapi waktu Ara habis darjah 5, Ara dan keluarga pindah ke Kemensah Height. Ara menangis masa nak berpisah dengan dia dan semua adik beradik dia. diorang semua minta Ara supaya jangan pergi. Tapi Ara kena juga ikut keluarga Ara, masa tu, kami masing-masing tak ada handphone, tak ada ym, tak dapat nak contact jarak jauh. I miss them a lot. :(


sakura, 17:57pm

PELAYAN

10 june 2011


encik. nak minum apa? air milo? sekejap ya.


L : mana air milo saya?


kejap encik, saya cari gula, hilang.


L : tak payah. dah manis lah.


eh. belum letak gula lagi encik.


L : cuba awak senyum, saya rasa dah lebih manis tu.




*pelayan gadis hanya tersenyum*


sakura, 01:15am

REPEAT

o9 june 2011

my heart my heart my heart my heart.

ouch ouch ouch ouch!

hurt hurt hurt hurt hurt hurt!

*hmmmmh~*

sakura, 21:36pm

PLEASE

08 june 2011


i'm dying i'm dying i'm dying.


i can't. i can't. i can't


leave me alone .


i don't want to meet all of you. 


*mungkin hanya bila aku mati, kau akan berhenti untuk menyakiti*




sakura, 02:57am

UNDUR

08 june 2011


terima kasih atas segala layanan dari awak.
saya sangat gembira walaupun hanya seketika.
maafkan saya andai saya keterlaluan.
semoga awak bahagia selalu disamping dia. 


*mengundur diri dan masih sakit*


sakura, 01:11am

MILIK

04 june 2011


betul tu. mencuba untuk memiliki yang tak mungkin akan jadi milik kita adalah satu benda yang tak berguna.


kerana itu aku perlu hargai kau yang menjadi milik orang lain.
kerana tak semestinya kita dapat memiliki sesuatu yang kita suka.
aku salah kerana membuat kau tidak selesa sebelum ini.


*tolong terus terang*


sakura, 23:52pm

JANGKIT

03 june 2011


tak adil tengok dia senyum,
kenapa aku tak senyum sekali?
nanti aku nak jumpa dia lah.
biar aku berjangkit dengan dia.


*hati berbicara*


sakura, 23:17pm

KEBENARANKAH?

03 june 2011


cukuplah tu, jangan buat lagi. 
jangan tambah lagi. aku terseksa mengetahui kebenarannya.


rupanya benar sangkaan aku, aku bukan pilihan hati mu.
aku hanya insan bersama dengan bayang-bayang sendiri.
kelakuan, percakapan, dan sikap kau sendiri talah membuktikan semuanya.
aku sudah dapat petunjuk ke? aku masih tak pasti..
sakit untuk aku melupakan kau, sukar untuk aku lepaskan kau.
terima kasih atas segala kenangan manis dan jawapan yang pahit kau beri pada aku.


kini aku tahu siapa aku. 


*usah risau lagi*


sakura, 02:32am

TEGUR

02 june 2011


eh. nampak dia lah. ermm. nak buat apa ya?
ermm.. alah .. buntu lah. macam mana ni?
ha .. mungkin aku patut .. ishh. tapi aku nak cakap apa nanti?


ermm. aduh . nak mulakan ke?
nanti apa yang dia balas? hmm.
tegur sajalah. tak ada apa-apa tu.


*toleh belakang*


mana dia? tadi ada kat situ. 


*terima kasih*


sakura, 22:20pm

RESAH

01 june 2011


entah apa lah yang putera charming tengah buat sekarang.
dia seronok kat sana tu.
tak apalah. dia mungkin dah. . .


*sakit tekak*


sakura, 23:53pm

BISA CINTA

01 june 2011


awak seolah-olah, semakin jauh dari saya.
kenapa? saya ada buat salah ke awak?
saya buat awak tak selesa ke?
bagitahu lah saya.
jangan bunuh saya perlahan-lahan macam ni.
sakit nya bisa awak.
saya tahan demi kasih saya pada awak. kerana sayang saya pada awak. punca cinta saya pada awak.
bukan kerana diri awak. saya seperti cuba masuk ke dalam hati awak.
tapi seperti ada satu tembok keras yang menghalang saya.
adakah awak yang bina tembok itu? jika awak. kenapa? kenapa awak bina tembok itu?
saya cuma harap awak hancurkan tembok itu suatu hari nanti.
berdosakah saya menyintai awak?
diam bisu saya setiap kali berdepan dengan awak.
saya seperti manusia yang tiada perasaan. hebat kan saya?
saya langsung tak menitiskan air mata di hadapan awak.
sebab saya tak nak awak nampak kesedihan saya.
awak. saya ni kadang-kadang annoying ke pada awak?
kalau ya, tolong bagitahu saya.
supaya saya takkan pandang awak lagi lepas ini, sebab tak nak awak rasa annoying.
saya ni jahat ke awak? kalau ya, bagitahu saya awak.
supaya saya tak buat jahat dengan merindui awak.
saya selalu keseorangan awak. bila awak tiada.
maafkan saya kerana kerap mengingati diri awak.


hari ini, saya nampak awak, saya cuba call awak, 
awak jawab. sukanya saya. tapi awak bagi jawapan yang mengecewakan saya awak.
sendiri lagi saya hari ini.
dan saya nampak bayangan awak di hadapan saya
ketika saya di dalam train.
awak keluar sambil senyum.
mungkin awak tak sedar ketika bayangan awak datang jelma depan saya.
saya dah suruh dia balik. jangan marah dia ya awak.


*biarkan aku jatuh cinta*


sakura, 00:33am



SUARA HARAP

30 mei 2011


awak. maafkan saya. 
saya tahu awak tak kisah pun. tapi saya kisah.
saya tetap nak minta maaf. sebab ..
malam tu saya nampak awak. tapi lidah saya kelu untuk berbicara.
saya hanya senyum, dan berlalu pergi macam tu saja.
saya cuba tunggu awak dekat luar. 
tapi saya tengok awak sibuk sangat.
saya tak dapat nak mesej awak, sebab kredit saya dah habis.
jadi saya pun pergi berlalu macam tu saja awak.
hampa sangat.
saya rasa bodoh sangat masa tu.
kebetulan kawan saya ada yang nak teman saya berjalan ke stesen.
jadi saya pun biarkan saja.
sepanjang perjalanan saya fikirkan awak. hati saya sangat tak tenang.
semua jadi bercelaru. saya sangat risaukan awak.
ya, saya tahu awak tahu jaga diri. tapi saya tetap risaukan awak.


awak nak tahu tak? masa awak jauh dari saya.
saya duduk dan selalu memerhatikan awak.
tapi saya tak dapat kata apa-apa.
hanya mampu berkata dalam hati .. yang saya sangat merindui awak.
saya terseksa awak bila bercakap dengan hati sendiri.
tapi saya tak kisah, sebab saya suka tengok awak gembira dan senang dengan saya.
awak sering buat saya tersenyum.
awak..awak jangan membenci saya ya? awak jangan marah saya ya?
sebab balik sendiri malam tu tak bagitahu awak.
saya tahu awak sebenarnya tak kisah pun. :)
tak apa lah. :)


sepanjang dalam perjalanan pulang. saya termenung memikirkan awak.
apa agaknya yang terjadi pada awak.
bila saya sampai di rumah, saya tunggu awak Online.
tapi awak masih tiada. saya tunggu sampai pukul 4pagi. sampai saya tertidur.
hari ini saya cuba cari awak, tapi awak tiada.
saya tanya kawan awak, awak ada tak, tapi diorang semua kata tak nampak awak hari ini.
saya pulang ke rumah dengan hampa. saya cuba call awak, tapi awak off hp.
saya tengok awak tak online juga. hati saya mula tak senang.
saya mula rasa yang saya ni telah buat salah dekat awak.
mungkin awak dah marah saya? awak. tolong maafkan saya.
saya tak dapat maafkan diri saya kalau saya buat awak sakit. :(


*suara berharap*


sakura, 18:34pm

SAKIT LUAR

30 mei 2011


lidah kelu. 
hati teruja.
fikiran kusut.


aku cuma ingin mengajak dia pulang bersama.
susah ke untuk ungkap semua itu?
hanya senyuman yang singgah di wajah aku.
kemudian hilang. entah ke mana.


aku berjalan pulang sendiri. 
perlahan-lahan aku menoleh ke belakang.
tapi masih juga tiada.
aku tiada cara lain lagi.
hanya mampu diam dan berjalan terus ke hadapan.


"aduh. sakit. tolong jangan datang waktu sebegini"


*sakit yang teramat, pulih lah cepat*


sakura, 01:16am

TEWAS

29 mei 2011


aku lah ratu segala emperor ini.
Emperor Cinta yang kau banggakan dulu.
kini menjadi milik aku.
kau telah tewas di medan perang setia.


berikan takhta itu pada aku. Mahkota Cinta akan aku pakai.
kerana akulah yang berhak merintah emperor ini.
kau sudah dilucutkan jawatan daripada memegang senarai cinta.
nyah kau dari sini. .
aku campak kau ke dalam lubang sepi yang gelap.
duduk lah kau di situ, mencari silap kau.


akan aku bawa kau keluar satu hari nanti.


*tersedar dari lamunan*


sakura, 16:23pm

BERPADA-PADA

29 mei 2011


jangan mengharap, kerana ia terlalu sakit.
jangan menanti, kerana ia suatu penyiksaan.
jangan mencari, kerana ia akan merunsingkan.


jangan pernah alpa dengan diri. 
sayangi orang yang disayangi dan disayangi oleh orang yang menyayangi ..
adalah satu situasi yang berbeza untuk satu individu.


*terlalu sayang kadang-kadang membawa kebencian. AWAS*


sakura, 04:26am

SENYUM

28 mei 2011


awak ni siapa?
siapa awak dengan dia?
awak ada apa-apa ke?
bagitau lah.


: ini rahsia kita lah awak. 


*senyum*


sakura, 23:10pm

PI-MILIH

24 mei 2011


serah hati pada tentera cinta.
rendah diri pada dewa sengsara.
takut dibuang negara bahagia.


bila kuli kecewa sudah berkuasa, rakyat sunyi menjadi takut.
keadaan pilu menjadi huru-hara.
sangat meragui dengan diri sendiri.
hati menghasut, akal berunding.
pening memikirkannya.


pilihan datang menakluk negara.
adakah memilih terpaksa akur? 
'yang' memilih menegakkan kebenaran.
pertengkaran kecil telah berlaku.
akhirnya...
keduanya seri.
akur dengan keputusan.


pilihan tak semestinya untuk dipilih.
kadang-kadang pilihan yang harus memilih.
bukan salah pilihan untuk memilih.
kerana pilihan lebih menyakitkan dari memilih.
keputusan harus dibuat berdasarkan pilihan atau memilih.


*jangan bergaduh*


sakura, 01:37am

DIAM,SABAR,CAKAP

23 mei 2011


melihat bandar hijau di depan mata.
bersama langit yang 'badmood' .
menanti untuk langit 'menangis' .


sambil aku termenung, aku berfikir . .
benar apa yang harus aku lakukan.


'diam itu lebih baik, sabar itu harus, dan bercakap bila perlu'


jangan buat tindakan melulu. 
aku bukan siapa-siapa di sini.


*silent*


sakura, 23:34pm







SAMPAI BILA

22 mei 2011


seronok, gembira lihat senyuman dia.
kenapa ada macam-macam rasa ni?
kenapa? 
aku cuma mahu satu rasa sahaja.
tolong.
jangan buat aku macam ni.
sampai bila?? harus begini.


*menangis*


sakura, 23:59pm

CAPRICORN

21 mei 2011


tepat jam 4 petang pada hari khamis di bulan December.
seorang bayi perempuan telah lahir di dunia.
bayi perempuan yang sangat kecil dan comel.


pada tahun 1999 dia telah masuk ke tadika,
dan berkawan dengan ramai kawan cina.
dia kurang fasih bercakap bahasa melayu.
comel.
selamat tinggal 1999, kini dia telah sekolah rendah 
di situ, dia belajar untuk bercakap bahasa melayu,
pada masa itu dia tidak mempunyai ramai kawan 
kerana kawan-kawan menganggap dia budak asing di situ.
tapi dia sangat pintar dalam pelajaran.
dia rajin dan sangat pendiam dalam kelas.


pada tahun 2006  dia melangkah ke sekolah menengah.
gadis yang kecil dulu telah remaja kini.
janggal pada mulanya melangkah ke alam remaja.
menjadi seorang yang pemalu dan pendiam.
pada tahun 2008 gadis ini telah tahu apa itu erti hidup.
gadis ini mula untuk cuba berfikir jauh dan matang.
sikapnya yang pendiam itu kini berubah menjadi peramah.
sikapnya yang peramah pula sangat disenangi oleh rakan-rakannya.
seronok berkawan dan bersaing dalam pelajaran.
gadis ini tidak suka terlalu bersosial. 
gadis ini hanya suka duduk di rumah, dan keluar di halaman rumah.


tamat sudah belajar di sekolah menengah, pada tahun 2009.
dia mula masuk ke kolej pada tahun 2010.
rasa sangat ganjil dan asing muncul lagi sekali dalam hidupnya seperti dulu.
tapi kali ini dia tidak lagi diam seperti dulu.
gadis ini sangat ramah dengan semua orang.
disenangi oleh semua rakannya.
gadis ini cuba untuk bersikap lebih matang.
namun sikapnya kadang-kadang masih kebudakan.
pengalaman dan perjalanan hidup yang mengajarnya.


kini..
gadis itu sudah tahu apa itu erti hidup, keluarga, cinta, sahabat.
kasih sayang dan kebahagiaan.
duka dan sengsara.
semua itu hadir tanpa disedari.
semua itu dipelajari sikit demi sedikit.


*Capricorn yang lahir di bulan December*


sakura, 20:39pm



KONGSI

16 mei 2011

poster "kongsi" 

ini lah art dari Farid Kamil. not bad. i like it. 
cuma terlalu banyak kabur dalam cerita ni.
cerita ni pernah shoot di area kolej Ara.
cerita ni quite funny and nice action.
effort tu nampak.
tak nak comment banyak-banyak dulu.
tak mahir lagi. 
apa-apa pun enjoy cerita ni.

farid kamil dan sam dalam TM "kongsi"



sakura, 13:13pm


SUDUT

16 mei 2011

melihat rintik-rintik hujan jatuh menimpa pokok rendang di waktu malam.

dia ada di sudut situ.
apakah yang cuba aku fikirkan?
aku terlalu leka memerhatikan hujan merintik-rintik.

mengharap sesuatu indah.
segala gelak tawa sahabat yang lain tak didengar lagi.
semua ibarat hilang dari dunia aku.
aku leka dengan lamunan aku.

terlihat dia di sudut situ lagi.
hati kecil aku berkata..

*intai cinta dalam rahsia* episod 2

sakura, 23:25pm

STESEN

16 mei 2011


berjalan di bawah hujan renyai,


"opp! hampir terjatuh" 


putera menyambut tangan gadis.
sambil mereka berjalan. gadis meminta putera untuk menyanyi.
gadis tidak mahu putera diam sahaja.
"nyanyilah. janji jangan membisu"


putera hanya tertawa.
tidak lama kemudian, mereka bernyanyi bersama.
putera memimpin tangan gadis.
sepanjang perjalanan mereka.
gadis telah membaca satu naskah yang ditulis oleh putera.
dan gadis merasakan sesuatu tentang naskah itu.
jantung gadis berdegup kencang.
apa sebenarnya itu? kenapa serupa? sebijik?
tapi gadis tak mahu berharap lagi.
gadis takut hati terluka lagi.
biarlah gadis berdiam diri. seolah tidak tahu apa-apa.
kenapa putera buat macam tu?
putera sedarkah apa yang putera dah buat?
atau putera sengaja buat untuk memainkan gadis?


sewaktu putera berada pada jarak jauh .
gadis terlihat putera tersenyum sendirian.
melambai gadis itu kepada putera.
dengan harapan....


*menanti stesen terakhir*


sakura, 23:19pm

INTAI

16 mei 2011


"how can i forget about you?
i cant stop thinking about you."


dia..
semakin hari semakin beri aku harapan.
aku jadi sakit dengan semua itu.
aku perlu SENDIRI .. 


*intai cinta dalam rahsia*


sakura, 03:25am

KOTAK

15 mei 2011


aku sedang cuba, tapi tak dapat.
aku sedang merintih, tapi masih sakit.
apa lagi harus aku buat.


mengikut kira-kira aku potong satu angka.
mengikut kata-kata aku perlu diam.


habis semua tak berguna. 
jadi?


"degil, masih menetap dalam kotak hati ni."


"suka hati kau lah"


*shhhh..


sakura, 03:03am

HOW

11 mei 2011


masih tiada mood untuk menulis.
apa lagi yang harus ditulis?
semua sudah hilang. 
cuma satu belum..


aku rindu dia .




*diam*


sakura, 09:33am

EPILOG AKHIR

09 mei 2011

Hancur musnah harapan aku. segala yang aku pendam, segala yang aku rasa kini hancur begitu sahaja. Pilu, sakit, pedih, luka yang parah di hati aku. berkecai melihat dan mendengar semua itu. Ternyata apa yang aku rasa selama ini benar. Dia menyukai orang lain sebelum ini, dan aku kenal siapa dia. Untung orang itu, sangat beruntung apabila disukai seseorang yang sangat mulia, sangat baik, dan sangat penyayang. Kenapa bukan aku di tempat gadis itu? Kenapa bukan aku? kenapa harus ini tempat aku? “awak kena kuat” itu yang dia pesan pada aku. setiap kali aku berbicara dengan dia. Ya! Aku kuat. Aku boleh kuat. Tapi dia tahukah kemampuan aku sejauh mana? Aku hanya menganggukkan kepala setiap kali mendengar kata-kata dia. Ya allah. Kenapa ini harus terjadi dekat aku? apa ujian Mu terhadap aku? aku cuma inginkan kebahagiaan. Tiada lagi yang lain. Perit hati aku setiap kali berdepan dengan dia, aku memang tidak sempurna. Sangat tidak sempurna, malah gadis itu lebih sempurna dari aku dan mana-mana wanita dalam dunia ini. Aku cemburu dengan gadis itu. Sangat cemburu. Tapi aku tak boleh salahkan dia, kerana dia adalah orang yang disukai oleh jejaka yang aku cintai. aku terlalu mengangumi diri dia sehingga aku sanggup mencederakan hati aku sendiri tanpa aku sedari. aku tak pernah salahkan dia. Ingat lagi dulu. aku pernah katakan pada dia, kalau dia nak lihat orang yang aku suka, lihat mata orang tu, dan orang tu akan terus memandang wajahnya. Tapi, setelah perkara ini berlaku, setelah cinta aku tak terbalas, aku katakana pada dia lagi sekali. “janji dengan saya satu perkara, janji yang awak tak akan pernah salahkan orang dalam cermin tu”. Aku menghulurkan jari kecil ku, lama aku menunggu untuk dia memaut jari aku. “dan jangan pernah pisahkan saya dengan orang dalam cermin itu, saya merayu” dia hanya diam! Memaut jari kecilku dengan perlahan. Aku terus menangis tanpa henti. Dia memegang tangan aku. aku dan dia terdiam saat azan isyak berkumandang. Kami hanya termenung dan bisu terus tanpa kata apa-apa. Aku beri pada dia buku kecil yang menjadi peneman aku saat aku merindukan dia. Saat aku dalam kesunyian, hanya buku itulah peneman aku dan hanya buku itu yang tahu rahsia hati aku selama ini. “dulu ketika saya memendam rasa, buku inilah tempat saya meluahkan perasaan saya, kini ia dah tak berguna untuk saya lagi, saya beri pada awak, awak simpanlah ya.. jangan beri pada saya kalau awak tak mahu buku ini sekalipun” . dia menangis bersama aku. aku semakin sayang kepada dia. Semakin merindui dia. Aku tak dapat membenci dirinya. Dan aku katakan pada dia, mungkin ini takdir yang aku dapat. Dia hanya membisu tanpa bersuara sepatah pun. Yang dia hanya mampu kata pada aku, ‘kuat’ aku harus kuat kata dia. 29 april 2011 aku mula menulis buku itu kerana aku tak dapat menahan lagi hati aku yang penuh tentang dia yang aku pendam sejak perasaan kasih dan cinta itu hadir sebelum ini tanpa aku sedar bilakah waktunya.. Dan aku tamat menulis pada 08 mei 2011 . aku tak sangka , cukup sepuluh hari aku menulis. Akhirnya semuanya berakhir pada malam itu. Terima kasih sebab mendengar luahan aku. tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan jauhi aku, tolong jangan membenci aku, tolong jangan pernah berubah. Jadi lah seperti dulu, ketika aku mengharapkan dia. Tolong izinkan aku mencintai dia, walau hanya dalam diam. Jangan rampas kebahagiaan aku sendiri. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Seandainya orang dalam cermin itu harus hapus. Akulah orang yang akan memecahkan cermin itu. Tidak sesekali penghadir yang lain. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya juga. Sekiranya awak sedang berduka, saya sentiasa ada di sini. Di dalam hati dan fikiran awak. Walaupun awak tak pernah sedar semua itu.


*menutup dengan senyuman*
~epilog akhir

sakura, 09:48am -coming soon-

APA NI ?

05 mei 2011


perasaan sayang itu sangat besar maknanya.
sayang pada allah .
sayang pada keluarga.
sayang pada kawan.
sayang pada kekasih.
sayang pada haiwan peliharaan.


semua itu sangat berbeza.
kenapa? 
kerana manusia sangat pedulikan tentang perasaan mereka sendiri.
perasaan yang berbeza dapat buat manusia berfikir.


saya sayang awak ..
tolonglah faham.




*hard for me*

FIKIRKAN

04 mei 2011


macam mana saya nak kenal dia?
saya tak tahu dia siapa.
perwatakan dia macam mana.


awak nak kenal dia macam mana?
"awak tengok dia, dia akan terus tengok awak"


fikirkan~


*miss you


sakura, 23:15pm

AWAK

03 mei 2011


hei awak. awak apa kabar?
harap awak baik-baik saja.
awak, andai awak tahu
saya sangat cintakan awak.


hei awak. setiap malam saya berdoa
saya berdoa kepada Maha Pencipta
agar cinta saya jadi kenyataan
agar saya tenang meniti kehidupan.


mengapa awak tak membalas cinta saya?
mengapa awak abaikan rasa saya?
atau mungkin hati awak membeku
hingga awak tak pernah peduli perasaan saya.


cubalah mengerti keadaan saya.
dan cubalah pahami keinginan saya.
saya ingin awak jadi milik saya.
lengkapi jalan cerita hidup saya.




*a..wak~


sakura, 23:32pm



TQ

03 mei 2011


sakit sangat migraine tadi. 
thanks to him. coz care bout me. and sending me home.


*duduk sendirian


sakura, 23:22pm

SEBELAH

29 april 2011

kecewa . kecewa . kecewa

aku sangat kecewa.
aku dapat rasakan yang aku hanya bertepuk sebelah tangan.
kenapa?
kenapa harus aku yang bertepuk sebelah tangan?
kau jahat. kau tak nampak aku kat sini.
kau tak nampak ketulusan aku.
benci . benci kau .
apa harus aku lakukan?
jangan buat aku terluka lagi.
tapi bagaimana harus aku katakan pada kau?
aku tak sanggup kehilangan senyuman dan kemesraan kau.

cinta? apa kau buat kat sini?
pergi dari sini ..
apa niat kau sebenarnya datang sini?
untuk hancurkan diri aku lagi?
untuk musnahkan impian aku lagi?
aku dah cukup merana dengan kehadiran kau ..
kau cuba merosakkan hubungan aku dengan dia.
kau langsung tak berguna.
aku benci semua . benci kau semua .
sudah cukup aku sakit sekarang. 
jangan tambah lagi ..
aku merayu..

*epilog tiga*

sakura, 13:24pm

MISS YOU

28 april 2011


jangan pergi lama sangat.
saya tunggu awak dekat sini.
ya, dekat sini.
tak jauh pun.
tak sanggup jauh dari awak.
nanti saya rindu.
saya tak suka merindui awak.
awak jangan lupa datang semula.


ya, saya tunggu sampai saya nampak senyuman awak.
awak jangan buat saya macam ni ya.
saya sedih nanti. cane?
jaga diri ya.
xoxo


*masih menanti*




sakura, 00:40am

BICARA KUNANG

28 april 2011


aku lihat dia.
dia senyum pada aku.
aku balas senyum dia.
dan aku kalihkan pandanganku secepat mungkin.
kenapa aku buat begitu?


dia layan aku seperti sahabat.
aku tidak.
aku mula menyimpan rasa.
entah bila perasaan itu hadir.
aku sangat sakit melihat dan merasa keadaan ini.
aku tidak tahu apa rasa dia pada aku.
samakah seperti aku?


aku pendam sendiri lah.
kamu semua sibuk kenapa?
kamu semua tak tahu apa rasa aku.
ya! aku tak mengharap. aku mula membuang perasaan "mengharap" aku tu.
sebab aku takut diri aku termakan lagi nanti.


aku cuba cari di mana dia walaupun aku mengelak dari mencari dia.
kenapa?
perasaan itu hadir ketika aku melihat engkau?
jahat! aku benci kau! kenapa kau buat aku macam ni.
kemudian kau masih boleh lagi lemparkan senyuman pada aku.
kau kelirukan diri aku.
apa sebenarnya rasa kau?
tolong. katakan sesuatu.
aku perlu jawapan. agar aku tidak terus memerhatikan kau.




*kunang-kunang menari*


sakura, 00:29am

MALAM

27 april 2011


pergi dataran.
duduk atas batu.
pokok rendang yang basah.
lihat gelagat orang ramai.


datang seorang penagih dadah.
beri salam.
minta rokok sebatang.
tak ada rokok.
terus berlalu bersama sisa hidupnya.
jam berdetik pada menara jam.
masa untuk pergi telah tiba.
sebelum stesen tertutup.


*berjalan senyap*


sakura, 00:08am

SIAPA DIA

26 april 2011

jangan salah faham dengan sikap aku.
jangan salah faham dengan kata-kata ku.
aku memang begini.
kau jangan anggap yang bukan-bukan.
aku tak ada niat yang lain.
niat aku cuma ingin lihat kau gembira, dan aku turut gembira.
itu sahaja.

ingin sekali aku cakap begitu pada dia.
tapi aku tak terdaya.
kenapa? susah sangat untuk aku musnahkan bunga itu.
aku tak sanggup.
kenapa aku rasa macam tu?
siapa yang hadir dalam khayalan aku tu?
dia kah?
atau tiada siapa-siapa?
kenapa aku tak mampu memanggil dia.
tolong jangan buat aku keliru lagi.

*epilog dua*

sakura, 10:49am

LEGA

25 april 2011


assalamualaikum,
selesai sudah teater moden kami yang bertajuk Buat Menyapu Si Air Mata.
teater yang dipersembahkan pada 22,23,24 april hari tu.
pelbagai dugaan,rintangan,cubaan yang kami tempuh sepanjang produksi kami berjalan.
3bulan saja cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain dan pelajri pelbagai perkara.
ada suka ada duka di antara kami..
kami tak pernah putus asa. dari situ banyak memberi kami kekuatan
kami buat set pentas sama-sama, buat kostum, makeup, props, publishing sama-sama.
kadang-kadang tu sampai bergaduh. 
tpi tak lama , sekejap saja..
lama-lama pulih la semua tu.
show kami sangat memuaskan.
kami tahu kadang-kadang tu kami down atas pentas,
tapi director dan SM kat atas bilik teknikal tu tak putus-putus bagi kami semangat.
penonton juga suka dan enjoy.
itu saja lah yang dapat dihuraikan.
tunggu Produksi Teater Kanak-Kanak pula sem depan.


sakura, 20:20pm

CARI

25 april 2011


amboi..
pandai ya kelentong saya.
nakal..
rupanya tadi tu awak lah ya?


apa gelak-gelak?
geget hidung kecil awak tu.
baru tahu..


*shhhh


sakura, 20:12pm

USIR

19 april 2011


aku cuma mahu mencari ketenangan.
kenapa kau muncul pada masa ini?
tak cukup lagi kah dengan apa yang kau dah buat pada aku sebelum ni?


aku tak mahu kau hadir lagi dalam hidup aku.
aku merayu, tolonglah dengar..
kau telah banyak musnahkan perasaan aku.
aku tahu kau perlu temani aku.
tapi kenapa kau datang ketika aku sedang melihat dia sahaja?
dan aku lihat dia seperti tak endahkan aku.
sebab kau yang tidak menyenangkan aku
kau buat aku berfikir bukan-bukan.
aku cuma mahu bersapa seperti yang lain.
tapi kau selalu sahaja mengacau.
banyak kali aku cuba lari dari kau. 
kau masih dapat kesan di mana aku ada.


lepas ni,
apa lagi harus aku buat?
untuk elak dari kau?
kau buat aku berharap.
tolong, jauhi aku.


*cinta menjawab : kau dilahirkan untuk bersama aku*


sakura, 08:43am

EPILOG

17 april 2011


aku tersepit di antara suka dan cinta.
bagaimana harus aku buat?
apa patut aku katakan?
setiap kali terpandang dia.
aku hanya mampu tersenyum.
aku hanya mampu menundukkan kepala.


kenapa dengan aku?
adakah aku dilamun cinta?
atau hanya sekadar menyukai dia?
terlalu berharap kah aku ni?
adakah dia rasa seperti yang aku rasa?
aku keliru dengan cara dia sebenarnya.


*burung menari-nari*


epilog satu~


sakura, 09:56am

JUST

17 april 2011

Seliya jumpa dengan Raymond.
Raymond senyum sahaja pada dia dari jauh.
Seliya suka tengok Raymond, sebab dia kata Raymond tu comel.
tapi Seliya tertanya-tanya, Raymond tahu ke Seliya selalu perhatikan dia?
tiba-tiba Raymond hilang, Seliya tercari-cari Raymond. mana dia?
cari di sudut kiri tiada, sudut kanan juga tiada.
rupanya Raymond berada bersama-sama rakan dia.
Seliya cuba bersembang dengan Raymond. Raymond juga seperti terpaku dengan Seliya.
kawan-kawan Seliya dan Raymond juga suka mengusik mereka.
tapi Seliya cuba tenangkan keadaan sebab hati Seliya juga berdegup kencang.
kenapa? apa dah jadi?

Raymond datang kepada Seliya.
dan berbisik..

" saya pun selalu perhatikan awak dari jauh " 

*kenapa cakap macam tu*

~the end 

sakura, 01:34am

TAJAM

15 april 2011


setiap kali aku melangkah keluar dari pintu rumah kecil ini.
aku mula bersedia dengan bekalan aku.
bekalan aku yang dipanggil "cabaran"


setiba sahaja aku di destinasi aku.
aku mula melihat orang yang sama berbeza situasi.
kenapa aku rasa seperti ditindas dalam diam?
baik dia pada aku, seperti tidak ikhlas.
aku  mula merasakan dia benci aku sedikit demi sedikit.
"kenapa kau layan aku dengan baik kalau akhirnya kau khianati kepercayaan aku?"
aku tiada tempat luah lagi.
bagaimana harus aku luahkan.
dalam diam kau bicara tentang aku.
dalam diam kau menuduh aku.
dalam diam kau meluat dengan aku.


aku cuba bertahan. 
aku masih kuat.
dan mampu tangani masalah ini.
aku bisa hidup tanpa dia.
dia bukanlah siapa-siapa bagi ku.
cuma sahabat plastik., yang tahu menarik perhatian orang.


pergi matilah dengan omongan kau tu.
kau ingat kau dah tahu semua. 
teruskan memandang hina tentang diriku
teruskan memandang terkejut. tapi malu2 jer.
janganlah snap gamba. 
ambil ni. pena tajam. tulis atas kertas tapi kau jangan tampal lagi.
aku tahu kau akan mati jua.


atau....


*melihat hampir*


sakura, 02:08am





APALAH

15 april 2011


comel awak bawak motor.
saya suka awak bawak motor.
peluk awak ketat-ketat.


sweetnya..


awak bawak saya dengan selamat.
jatuh hati tengok awak bawak motor pakai jeans dan kemeja hitam.


"kat sini tak ada bbm?"


*tak dengar rupanya* 


sakura, 01:45am

KUPU MALAM

13 april 2011


cukup-cukup ..
jangan menari-nari lagi di depan mata aku.


aku pening melihat semua permainan kau semua.
kau banyak dalih dari aku.
aku punya banyak kerja lagi yang mahu diselesaikan.


pergi jauh-jauh. 
jangan ganggu aku lagi kupu-kupu malam.




*menutup tingkap*


sakura, 01:41am

BURUNG

11 april 2011


burung mencari makan di waktu pagi
sebelum anaknya bangun dari tidur di tengah hari.
pokok bernyanyi sambil mendodoikan anak burung.
angin bertiup sepoi bahasa sambil menyenyakkan anak burung.


*tengah hari


anak burung bangun kelaparan.
ibu burung pulang tepat pada masanya,
memberi makan pada anak burung.
keriangan anak burung itu.


*petang


masa untuk ibu burung mengajar anaknya terbang.
'saya takut lah ibu' 
ibu burung tersenyum dan meneruskan niatnya 
anak burung akhirnya berjaya terbang,
'seronoknya'


*malam


ibu burung mendodoikan anaknya
memberinya kehangatan supaya tidak sakit.
ke manakah suaminya..?


*melihat bulan*


sakura, 08:48am

UPSI

10 april 2011


UPSI . UPSI . 


pukul 6 petang gerak pergi UPSI kat tanjung malim.
sampai sana pukul 7 lebih. pergi makan kat gerai.
pukul 8 lebih masuk panggung UPSI 
duduk depan kat vip. dialukan2 . hehe..
pastu tengok show Alang Rentak Seribu karya Syed Alwi.
seronok tapi penat naik bas ramai-ramai .
good show UPSI.


sakura, 02:24am

RAHSIA

08 april 2011


aku suka dekat dia.
dia tahu tak aku suka dia?
dia tak perasan kan yang aku suka dia?
aku kena simpan rahsia ini.
kalau tidak..


*angan-angan dia*


sakura, 01:24am

CAR WASH

07 april 2011


happy birthday dady.
wish you panjang umur. murah rezeki. amin..


today im doing car wash again with my friends.
we are going to make struggle this time. 
to get more refunds.
last we did . we got 500rm above.
this time we are going to get more than before.


p/s: bring extra shirt.


*waiting for the others*


sakura, 08:39am

KENANGAN

04 april 2011


terimbas kembali ketika Ara berumur 11 tahun.
masa itu Ara sangat loser.
hehe
masa tu Ara sangat comot.
Ara ada kawan baik. nama dia Shaniza.
kami sentiasa bersama. bergaduh,bergurau mesti bersama. hehe
one day. my school anjurkan pertandingan menari secara berkumpulan
ramai budak sekolah kami nak menari tarian tradisonal.
Ara and my bestfriend ambil keputusan nak menari hindustan.
masa tu cerita yang famous Kabhi Kushi Kabhi Gham.
lagu yang kitorang pilih lagu Bole Cundhiya.
hehe so kami  kumpul lagi empat orang kawan kami.
semua perempuan. kami ada masa dua minggu untuk praktis.
my friends semua datang to my house.
and kami praktis kat rumah Ara setiap hari.
seronok sangat. Shaniza semangat menari hindustan.
Ara jadi ketua kumpulan masa tu. hehe
lepas tu kami pergi beli baju hindustan sama-sama.
masa hari show. kami adalah kumpulan pertama. 
masa tu kumpulan kami diberi nama PRINCESS.
hehe kelakar lah time tu.
kami naik kat pentas. lagu pun dipasang. 
menari lah kami. sampai cikgu and kawan-kawan yang lain tergelak tengok gelagat kami.
menari sampai habis. ramai beri tepukan. juri pun turut bagi tepukan.
mase umumkan pemenang. kami tak menang. haha sebab kami saja kumpulan yng buat tarian hindustan. bukan tradisional melayu. hehe 
tapi. dapat juga cenderahati. :)
itulah show pertama Ara yang Ara cipta sendiri tarian dia, tanpa bantuan orang tua.
seronok sangat. pengalaman indah bagi Ara.
miss my old friends.


*close old album*


sakura, 00:15am

BETUL

03 april 2011


dia tak tahu apa aku nak
dia tak tahu apa aku rasa
dia tak tahu juga apa aku fikir


kenapa susah sangat aku nak terus terang?


*tenung mata*


sakura, 23:14pm

TOPENG

03 april 2011


kini aku hanyut di tengah lautan.
ibarat mayat hidup.
aku senyum tanda aku tak apa-apa
tapi topeng ini mampukah bertahan.
aku akan cuba .


*tinggal*


sakura, 22:44pm

APRIL SMILE

01 april 2011


hari ini Ara kena prank dengan dua orang sahabat.


jahat lah mereka tu.
hehehe
mentang2lah april fool.


sorry..tak sambut.


dah tak mahu tulis dah..
hapy April dapat masuk dalam blog ni. :)


sakura, 13:56pm

RAFFLESIA

31 march 2011


post terakhir untuk bulan march.


giliran april sangat hampir.
lompat keriangan april menunggu saat dan detik.


kecantikan rupa bunga itu saja dapat menutup busuknya bau bunga itu.


apatah lagi manusia?
menutup keburukan adalah perbuatan yang sama seperti RAFFLESIA.




*mendekati rafflesia*


sakura, 03:37am

3 PERMINTAAN

31 march 2011


sakit tahu tak? kau buat aku cukup sakit.
kau lupa dengan semua janji kau. kau cakap semua dengan sumpah janji.
memang lah kau tak takut. sekarang ini manusia diakhir zaman.
menunggu kiamat sahaja. kau tak takut? kau nak takut apa? 
sedangkan hati aku juga kau dah berani lukakan.
kau paling dayus. kau khianat semua impian dan kata-kata ini.
kau penghancur segala hati. kau pemusnah perasaan.
aku tak akan berdendam pada kau. aku akan tunggu. dan lihat semua ini.
aku benci kau? kau rasa? untuk apa aku benci kau? 
aku sayang kau, tapi kau tak. jadi? apa lagi?
aku sendiri di sini. kau hilang macam tu saja. kau fikir aku macam mana?
kau dah jemu, bosan, tak ada mood. kau pergi macam tu saja.
kau mudah cari bunga yang lain. kau buang bunga yang sekian lama setia mekar untuk kau.
kau tamak. bunga hitam ini kau anggap hina, kotor, busuk ? 
bunga putih yang cantik itu, kau tak nampak? kau terlalu memandang luar.
kau KEJAM pada aku. sakit rasa aku. kau khianat aku. kau tak rasa?
ya . memang kau tak rasa. sebab kau tak berada di tempat aku.
kau puas bunuh aku secara senyap, perlahan-lahan kau bunuh aku.
kau robohkan impian kita. kau anggap aku bodoh . aku maafkan kau. 
atas segala perbuatan kau. aku maafkan segala kata-kata kau. 
aku maafkan segala janji yang kau dah mungkir.
aku maafkan kau ketika kau marah aku.
aku halalkan makan minum kau. aku halalkan percakapan kau pada aku.
aku halalkan saat kau mengusap dahi aku. aku halalkan saat kau memberi aku semangat.
aku halalkan saat kau memegang tangan aku. aku halalkan saat kau memandang aku.
aku halalkan saat kau hina dan maki aku. 
aku halalkan saat kau pernah mencintai dan menyayangi aku.
serta aku halalkan saat kau memanggil aku SAYANG.
akhir sekali aku halalkan PERTEMUAN kita ini.
kau pernah hadir dalam hidup aku untuk masa yang sangat lama, dan aku masih berusaha 
untuk mengukuhkan hubungan ini. namun, kau yang mengkhianatinya. 
terima kasih pada kau. terima kasih kerana pernah memberi ruang dalam hati kau untuk aku.
terima kasih kerana pernah berjanji dengan aku. terima kasih kerana pernah cuba memujuk aku.
terima kasih kerana pernah mendengar nasihat dan bebelan aku ketika kau nakal.
terima kasih kerana memberi aku HARAPAN YANG KUAT pada kau.
terima kasih atas segalanya.


mengenali kau adalah suatu saat yang indah~


aku pergi dulu..


3 permintaan terakhir dari aku..
maafkan aku juga, halalkan aku juga, terima kasih kerana membaca.




*tamat episod*




sakura, 00:31am

Perpisahan Ini - 1st Edition feat Aizat Amdan

MOTIF

29 march 2011


Aku tegur dia semalam.
aku tegur dia sebab dia sombong.
aku cakap. Oh langsung tak tegur aku ya?
dia tergelak kecil. aku mula tersenyum.
aku tanya dia keadaan dia. dia kata..
baik saja. masa tu aku tengah makan. aku pelawa dia makan, dia menolak.
kata dia sudah kenyang.
aku senang lihat dia tersenyum.
10 minit dia bersembang dengan aku.


dia kemudian minta diri untuk pergi uruskan hal dulu.
aku cakap okey.bye.
dia balas lambaian aku.
beberapa minit kemudian aku pula yang ingin uruskan hal aku.
sampai saja aku di suatu tempat.
aku bertembung lagi dengan dia.
dia sedang tertawa bersama rakannya.
aku biarkan mereka. aku pergi ke suatu tempat untuk urus hal aku.
bila aku patah balik, dia bertembung dengan aku lagi.
berada di depan mata aku.
dia mengambil surat aku.
dia membaca surat penting aku untuk pihak atasan.
dia tanya aku, kerja apa ni?
aku jawab kerja yang belum siap.
dia menganggukkan kepalanya.


aku cakap nak pergi mana?
dia cakap ada kerja lain lagi.
aku kata okey. nanti datang la tengok event ya!
dia tanya event tu bila.
aku bagitau dia bila.
dia kata okey. sambil senyum dia berlalu.
aku pun berlalu,
kemudian dia patah balik dan jerit.
nanti awek dia nak datang juga kat event tu.
dia sengih sambil menunggu jawapan aku.
aku terdiam!
aku pusing dan jawab...MOTIF?


*whatever*


sakura, 09:26am

COMEL

27 march 2011


matahari berkata pada awan.


"cepatlah tutup aku dengan kepulan kau, aku nak intai pasangan comel tu"


*gelak kecil*




sakura, 12:12pm

LAMBAT

26 march 2011

selalu lihat dia berjalan di kawasan ini.
selalu lihat dia bersembang dengan sahabat dia.
selalu tersenyum memerhatikan dia.

aku nampak dia di hadapanku.
kenapa kaku ni?
cepat lah pergi tegur dia.
macam mana?
aku sendiri pun tak tahu.

aku cuba bangun,
kenapa kaki aku berjalan ke arah lain?
sahabat dia terlihat aku yang tak menentu.
sahabat dia bisik sesuatu ditelinga dia.

apa yang mereka bisikkan tu?
kenapa aku tak dengar?
aku harus tahu.
aku takut sebenarnya.

dia bangun.
berjalan ke arah yang sama aku berdiri.
aku berselisih dengan dia.
"hye." kata dia pada aku.
mata aku terbuka luas.
aku terkejut,tergamam.

apa yang aku harus buat?
jawab apa nanti?
takutlah nak jawab.

aku harus cepat jawab.
atau..
aku mungkin terlambat nanti..
mungkin sudah terlambat..

*melihat sesuatu*

sakura, 02:58am


DBSK & JYJ

26 march 2011

Ara suka satu band korea ni.
nama band tu DBSK or TVXQ..
DBSK- Dong Bang Shin Ki

Ara sangat fanatik dengan band ni.
Ara suka tengok perkembangan mereka.
suka tengok gelagat and kerenah diorang.
sangat kelakar and fun..
macam-macam lagu diorang dah record.
macam-macam award diorang dah menang.
Ara tahu semua latar belakang setiap seorang dalam band tu.
Jaejoong a.k.a Hero, Yunho a.k.a U-know, 
Changmin a.k.a Max, Yucheon a.k.a Micky, Junsu a.k.a Xiah
i miss them a lot..
i miss their perfomance..
i miss their jokes..
but now....
diorang dah berpecah atas sebab kontrak dan konflik.
now dbsk hanya kekal dua orang saja. 
U-know and Max
lagi tiga in new group which is called JYJ

but they are still singing..
cuma tak semeriah dulu lagi.
sangat lain.
kenapa boleh jadi macam ni?
hmm...

ini masa commercial photoshoot

masa candit pic sebelum perform

cute photoshoot

album mirotic from dbsk

TVXQ toge

shooting video clip

arts of dbsk

dbsk bersama manager mereka

video clip for HUG song

dbsk masa dapat award

commercial for hp

they always crying and hug each other when getting awards

diorang still talk each other ke tak ye?
miss them a lot..
DBSK is the best !
but..maybe your journey was end right here.
i should support both of bands as a fan.
HWAITING ! HWAITING !

sakura, 00:21am


FOR YOU

25 march 2011


if i were a flower
i would be a lavender..


if i were a brand
i would be a roxy..


if i were a shoe
i would be a nike..


if i were a wheater
i would be a winter..


if i were a heart
i would be love..


and if i were 'love'..
i will give it for you..


*just for YOU*


sakura, 02:35am

SUASA

25 march 2011


sakit sendi boleh ubat, 
sakit mata boleh ubat,
sakit gigi boleh ubat,


tapi kalau..


sakit hati..?


: kenapa sakit hati?
: entahla.. 
: teruk sangat ke sakit tu?
: teruk..sampai dah tertoreh hati ni.
: toreh? toreh apa?
: SAYA RINDU AWAK.


*episod klimaks*


sakura, 00:29am

SAMPAH

25 march 2011


kenapa semua orang anggap saya macam ni?


kenapa semua orang rasa saya ni teruk?


kenapa semua orang benci dekat saya?


kenapa semua orang lari dari saya?


kenapa semua orang kata saya hina?


salah ke saya ni sampah masyarakat???




* kata lelaki itu *


sakura, 00:08am

TONGKAT

24 march 2011


Ara duduk di kafe hari ini,
tak ada apa yang menarik buat masa tadi..
seronok dapat lepak dengan kawan..
tapi penat dalam badan tak siapa yang tahu..


jauh dari sudut hati terfikir tentang masalah yang menimpa diri.
sejenak berkata, "lepas satu, satu masalah yang datang"
apa saja dugaan yang Ara dapat.
tak pernah merungut.
Ara tahu Allah itu maha mengetahui,
Dia tahu apa yang Dia sedang buat.


*menongkat dagu di meja makan*


datang seorang kawan ..
nasihat dia pada Ara.


"hadis pernah berkata, barangsiapa yang suka memburukkan atau menceritakan tentang keburukan sesorang itu, tidak kira benar atau tidak. maka, orang itu tidak akan mati selagi dia tidak membuat perkara/dosa yang sama seperti yang dia katakan pada seseorang itu.


bertapa hebatnya kata-kata Allah s.w.t
jadi kesimpulannya..
berhentilah berkata buruk tentang diri seseorang itu
atau mengaibkan seseorang itu.
kerana suatu hari nanti karma akan pasti berlaku pada kita..


sakura, 23:56pm

ENJOY

23 march 2011

done with my photoshoot...
thanks to Shah..
for taking our pic
me and Aro..

Shah..we love every your single snap..

aro,ara, and shah

amin and aro

shah,aro,ara, and wan

shah and ara

aro and ara

me and bamboo tree

thinking something in town

i love it..
nice to work with you guys..
there are a lots of pics with me now..


sakura, 02:37am

AKIRA KUROSAWA

21 march 2011

AKIRA KUROSAWA

adalah seorang pengarah JEPUN yang snagat hebat.
pelbagai koleksi cerita menarik yang telah diarah oleh beliau.


Kurosawa Akira (1910 – 1998) dinilai sebagai seniman penting dan berpengaruh dalam sejarah perfilman dunia. Menerima ‘Lifetime Achievement’ dan dijuluki "Asian of the Century" untuk bidang seni, sastra dan budaya oleh majalah AsianWeek.  CNN, menetapkannya sebagai satu dari 5 orang yang paling berkomitmen terhadap perubahan Asia dalam 100 tahun terakhir.
.

SINOPSIS :
Madadayo ( Akira Kurosawa  )(1993), 134 menit.
Setelah pensiun prof.Uchida masih kerap menerima kunjungan  beberapa bekas mahasiswanya. Bagi mereka  pak Uchida adalah seorang pengajar hebat, tulus dan baik hati yang mengajarkan kehidupan, termasuk kepada pencuri yang akan merampoknya. Ketika bom menghancurkan rumah pak Uchida mereka mengadakan pertemuan "Mada-Kai" sebagai penghormatan kepada guru mereka yang juga berarti "apakah kamu sudah siap (untuk mati)?", yang harus dijawab oleh pak Uchida dengan "Mada dayo!" yang berarti "Belum, tuh!". Mereka juga menghadiahkan sebuah rumah kecil yang nyaman bagi pak Uchida dan isterinya.

Catatan:
Film terakhir Akira Kurosawa seputar hubungan erat antara pengajar dan muridnya. Hal ini membuat beberapa orang mencurigai jika tokoh sang guru  merupakan perwujudan dari diri Kurosawa sendiri.

SINOPSIS:
Higanbana (Yasujiro Ozu) (1958)
Wataru Hirayama, Kawai, Mikami dan Sugai berkumpul untuk bernostalgia. Hirayama  mempunyai dua orang putri, yaitu Setsuko, karyawati kantor dan Hisako, pelajar SMA.  Mikami mempunyai seorang putri, Fumiko yang tidak patuh dan kabur dari rumah.

Hirayama yang memahami putri temannya, tidak mengerti pada putrinya sendiri, Setsuko yang akan dipersunting Taniguchi, pemuda yang dicintainya. Padahal, Hirayama telah berencana menjodohkan Setsuko dengan putra keluarga terkemuka.

Pemilik penginapan langganan Hirayama berjanji akan membantu Setsuko melakukan persiapan pernikahan Setsuko.  Hirayama yang marah akhirnya luluh dan memutuskan datang untuk membuat kejutan pada Setsuko.

Memperingati 100 tahun Akira Kurosawa
1. Sanshiro Sugata (1943, 79min./B&W/Standard)
2. Drunken Angel (1948, 98min./B&W/Standard)
3. Stray Dog (1949, 122min./B&W/Standard)
4. Ikiru (1952, 143min./B&W/Standard)
5. Seven Samurai (1954, 207min./B&W/Standard)
6. Yojimbo/The Bodyguard (1961, 110min./B&W/Cinemascope)
7. Sanjuro (1962, 96min./B&W/Cinemascope)
8. High and Low (1963, 143min./B&W, Partially Color/Cinemascope)
9. Red Beard (1965, 185min./B&W/Cinemascope)
10. Dodesukaden (1970, 140min./Color/Standard)

Akira Kurosawa lahir 1910-adalah pengarah,producer, dan penulis skrip film. Ia telah mengarah 30 judul sepanjang 57 tahun cariernya di dunia film. Kurosawa mendapat pengakuan dunia salah seorang pengarah yang berpengaruh dan memberikan inspirasi di antara para seniman. Ia dianugerahi Academy Award Pencapaian Seumur Hidup di tahun 1989 sebagai apresiasi terhadap prestasinya memberikan inspirasi, memperkaya, menggembirakan, dan menghibur penonton, serta mempengaruhi banyak seniman di seluruh dunia. .

*kajian saya ketika pameran berlangsung di kolej*


sakura, 01: 59am




TINGGAL

21 march 2011


selak langsir..
ternampak rombongan pengantin datang..


pengantin yang bukan milik aku..
aku hanya ditinggalkan..




*kecewa*




sakura, 01:33am

BACA

20 march 2011


kaki dalam selimut, tangan meraba sesuatu empuk dan buat aku terlena..


sakura, 01:52am

LITTLE INFO

20 march 2011


pilihan telah memilih saya.
saya perlu buat pilihan yang ada.


petikan skrip dari Another Funeral theatre show.
yang akan diadakan pada 21 march 2011 jam 8pm.
bertempat di Blackbox-Aswara direct by Alloy (degree)


hopefully all the characters inthis story..
will mad something successful and unique.


sakura, 01:42am

GRACIAS

19 march 2011


alamak! jatuh pula! macam mana ni? nak buat macam mana.. sudah jatuh.. biarkan saja lah! habis nak jawab apa nanti kalau dia tanya...?


-berjalan ke arah dia-


awak..benda tu dah jatuh! kenapa awak tak tahan benda tu? macam mana nak tahan..kenapa pula? saya dah tahan tapi jatuh juga. apa benda yang jatuh sebenarnya ni awak? 


hati saya dah jatuh dekat cinta~




*tutup muka*




sakura, 19:45pm



KAPAI-KAPAI

19 march 2011


wahh..seronoknya..
hari ini hati saya melompat-lompat keriangan..
hari ini hati saya berjoget-joget setiap kali dengar saya menyanyi..
hari ini hati saya menyanyi bersama saya..


kenapa hari ini limpa dan hempedu duduk diam saje?


*light off*


sakura, 19:35pm 

BURUK

17 march 2011


apa yang nak di post hari ini?


mata berkata pada manusia*
aku adalah penglihat yang sangat termasyur. aku sangat dikagumi manusia. aku adalah aset yang sangat penting kepada mereka. aku lihat segala perkara yang berlaku didepan aku. aku duduk di atas di bahagian muka manusia. ternyata aku lebih berkuasa dari mulut dan hidung. bila aku melihat kadang-kadang sedap memandang, kadang-kadang sakit memandang. aku tahu aku adalah yang paling terpenting. manusia tak mungkin akan menafikannya. kerana mereka akan buta jika aku tiada.


jawab satu suara*
biar buta mata, jangan buta hati.
biar tak melihat dari luar, asalkan dapat melihat dari dalam.
kau mungkin hebat, tapi kau tak punya perasaan seperti aku.


*aku tak punya perasaan?*


sakura, 01:23am