" KITE "

29 jan 2011


duduk seorang lelaki dan perempuan yang sudah lama kenal di bawah pokok rendang
pokok rendang yang comel..
pokok yang mendengar segala cerita dan luahan..


saya ada girlfriend..
tapi girlfriend saya dah buat jahat dengan saya..
saya putus dengan die..
saya tak suka cara die..
selama ni saya perhatikan seseorang saja..


siapa?


tak mahu lah cakap, nanti tak bertegur pulak..


alah cakap lah..
awak dah tersangkut kat siapa-siapa ya?


*diam bisu


cakaplah kat kite...
siapa orang tu..?


"kite" lah orang tu..


*tergamam sembunyi senyum.


mieya, 02:47am



JABAT

29 jan 2011


setelah 12 tahun..
kini aku bersua kembali dengan beliau..
aku berjabat kembali dengan beliau dan isteri beliau..
saat aku melihat rupanya kini..
jauh bezanya dari dulu..
kepantasan beliau dan isteri beliau berjalan..juga semakin lemah..
dulu..beliau senyum sebagai seorang perdana menteri,..
kini beliau tersenyum lagi sebagai seorang bekas perdana menteri..
aku sangat menghormati beliau..
aku terasa pilu ketika melihat beliau melangkah ke arah kami..
sambil berusaha memberi senyuman kepada rakyat yang pernah dipimpin olehnya..
aku sangat teruja melihat beliau..


beberapa minit kemudian..
langkah beliau semakin hampir kepada aku.
dihulurnya tangan kami bersama serentak..
aku berjabat kembali dengannya setelah 12tahun aku tidak berjabat dengan beliau..
kelembutan kulit di tapak tangan beliau masih sama seperti 12 tahun yang dulu..


aku ingin sekali berkata pada beliau..
" saya takkan lupa jasa tun pada negara dan kami sampai akhir hayat saya"


namun mulut aku semacam terkunci..
debaran di hati..
sangat bersyukur kerana aku dapat berjabat kembali dengan beliau dan isteri beliau..
aku bangga dapat turut mementaskan Tun Mahathir The Musical 2,
harapanku pada beliau..semoga beliau terus memimpin walaupun beliau bukan lagi 
memegang jawatan itu..


Selamat kepada Tun Sri Dr.Mahathir serta Tun Sri Siti Hasmah


mieya, 02:36am





ARAH

28 jan 2011


sepanjang jalan tar...
berfikir..
bagaimana untuk seberang ke sebelah sana,
ternampak dua orang kanak-kanak berlari-lari di tepi kedai baju..
sebuah kereta merah datang menuju ke arah timur..
lampu isyarat warna merah menyala..
aku sudah pun terhenti..
bukan kerana lampu isyarat..
aku terhenti seketika,..
di arah manakah aku sekarang ini...?


*pejam




mieya, 14:52pm

MAMAI

28 jan 2011


bangun cepat..
jangan lambat-lambat...


tepat jam 2:30pm kami terkejut dengan kejutan dari shahmir..
kami dalam keadaan mamai..
bangun dengan cepat..
bergerak ke et..
sampai et..
ingatkan dah lambat..
satu manusia pun tak ada..


nasib nasib...


mieya, 14:45pm

BANG

28 jan 2011


duduk saja di kerusi merah,berhadapan meja merah..
kami bersembang..
muncul seorang lelaki yang memakai apron dibajunya..
bertanyakan solan yang sama kepada kami.


"nak minum apa?"


kami segera menjawab..
macam-macam jenis air yang terdengar disebut..
lantas aku meminta " ais limau ya bang!"


dicatitnya di atas kertas dengan penuh teliti..


"makan apa ya?"


aku terus menjawab..
"kueh teow goreng special tak nak tauge"


aku berubah fikiran setelah beberapa saat..
"eh! bang bang..tukar lah ya..nak nasik goweng pattaya"


die menganggukkan kepalanya..
aku tersenyum..
kami berbual seperti biasa sambil menunggu order kami sampai..


"bang..! tambah lagi.."




*terdiam


mieya, 07:16am

SENDIRI

26 jan 2011


aku termenung sendiri..


boring sangat..


bising dan jerit-jerit di mana-mana


semua ada..


aku sangat sunyi..


nak menyanyi saja rasanya..


mieya, 14:14pm

JATUH

26 jan 2011


saket!
jatuh longkang..
malu..
tapi still cover depan kawan-kawan..


haha


sakit gila kaki ni..
macam nak patah tulang..
hehehe


malu tapi kelakar...
sangat kelakar semalam..


kawan-kawan suka mengejek...


mieya, 11:14am

MTM 2

24 jan 2011

suasana di dalam bilik persalinan i.b
sangat meriah dan bising..
kadang-kadang bergaduh..
kadang-kadang brgurau senda..

kami tak pernah berenggang..
selalu saja orang luar masuk ke bilik kami..
kami terima dengan hati terbuka..
mulut terkunci..

HAKIKATNYA..KAMI SANGAT SERONOK DAN PENAT






mieya, 14:29pm

SUSHI

20 jan 2011


i love to eat sushi..
sushi roll,sushi maki,sushi sushi sushi...


semua sushi...
i love to eat sushi..^^


sushi always make me happy when im sad..
sushi is from japan..
i didnt know since when i started love to eat sushi..


i only know that sushi was a different food in my life..
i always eat sushi wherever i shopping with my mom..
she ask me..


"what do you want to eat?"


i answered it..
"SUSHI.."


my mom laugh at me..


"what so funny..?"


then we went to sushi restraunt, and ate sushi together..
SUSHI+WASABI= CRYING










sakura, 03:40am

JEJAK PENTAS

20 jan 2011


21 januari ini..


aku akan jejak kembali langkah ku
di atas pentas istana budaya..
setelah sekian lama tidak bersama teater di istana budaya..


aku harap aku akan lakukan terbaik 21jan hingga 31jan..


kini aku sendiri berdikari dalam melakukan persembahan..
sendiri mengurus masa dan jadual..


aku tahu aku ada Dia..
insya allah..


semoga pementasan tun mahathir the musical 2 ini berjaya..




sakura, 03:20am

DETIK SEKEJAP

20 jan 2011


inilah detik kami walau sekejap...



DULU KINI

20 jan 2011



inilah student lelaki kami..
dari masa mula masuk dulu..
sehinggalah sekarang..
rambut bukann main..


sakura, 03:09am

KALI PERTAMA

20 jan 2011


kali pertama kami sama-sama menjejakkan kaki ke menara gading 
kali pertama kami bersua kenal..
kali pertama kami bersama dalam fakulti yang sama
kali pertama kami melemparkan idea bersama..


kami ibarat satu keluarga yang sangat besar dan harmoni..
kami sangat happening..
kami sentiasa mengamalkan sikap profesional dan tolak ansur antara satu sama lain..
kami tak pernah bertengkar..
kalau kami ada masalah..
kami akan bercerita secara kumpulan..


kami bertemu dengan wajah keanak-anakkan kami,
masa itu..
kami masing-masing berdisiplin..
sekarang..
ish ish..
nakal juga rupanya kami ni..


kami lah syhtoon production..
(syhtoon production ini..ditubuhkan ketika kami duduk ramai-ramai di kafe..
sambil bersembang, kami secara tak sengaja terfikir untuk tubuhkan production kami..
masing-masing beri nama yang kelakar dan pelik..kemudian kami masing-masing
terfikir tentang suatu watak yang pernah dibawa oleh TASH, "mama"..iaitu watak syaitan,
watak sangat memberi kesan kepada orang di kolej itu pada masa itu, kerana watak itu sangat berkesan dan menarik, kami menukar ia menjadi "syaiton", kami menggambarkan syaiton itu mempunyai simbolik jahat..dan kami masing-masing sangat pemalu dan sangat kreatif,not only that..kami adalah penawar kepada duka..so..kami mula dapat "shy"-malu,
untuk simbolik pada diri kami, kami memilih "toon"-kartun..sesuai juga dengan sebutan "syaiton"..ubah kepada "shytoon" kartun malu...nama itu unik bagi kami dan menarik pada kami..akhirnya production kami dikenali ramai orang di kolej itu,serta lecturer. itulah kenangan kami ketika memilih nama production kami, SANGAT BAHAGIA..miss that moment..)







sakura, 02:57am

MY INSPIRE

19 jan 2011


she was fat before..
actually not really fat..
quite chubby..
but for me she's so gorgeous!


i love the way she talk,
i like the way she dress up
i love the way she smile and laugh..
i like her atittude..
she's a cute girl in the same time..
she's so cool..


i started like her when she acting in Lizzie McGuire..
she is the best for me..
she was a good singer and actress..
i really want to see her..


she is my inspire..!
i love you Hilary Duff..!


sakura, 12:33pm

LOL

19 jan 2011


"takhta lawak"


inilah yag direbutkan oleh capit dan abang long..


mereka rebutkan dari ejad dan topex..
siap ada level lagi..
hahaha
aku lah orng pertama yang tukang gelak
dengan lawak-lawak spontan diowang ni..


they are quite good..
hehehe
lol...


aku rindukan saat di kampung..
nak balik kampung..
tenangkan fikiran yang kusut ni..
i need my family..




sakura, 00:42am

PERBUALAN

18 jan 2011


adik angkat yang comel berumur 6tahun..


ehh! chia tak pasan pulak kakdik kat dalam bilik..


tak perasan ke buat-buat tak perasan?


ehh..! betul lah..chia tak pasan pun tadi..(tergelak)
kakdik,tak pergi kolej ke ari ni?


kejap lagi kakdik pergi...
chia sekolah macam mana?


emm..tadi..tadi..ala..chia dah lupa lah kakdik chia buat apa kat sekolah tadi...


haha..okey okey..


(mummy panggil)


ala..mumy ni..selalu ganggu kita bercakap kan kakdik?


haha..dah! jom keluar...




-gelagat budak era zaman kini-




sakura, 12:52pm









PACK

18 jan 2011


13 december 2011-17 januari 2011:
none-stop!
rehersal untuk teater tun mahathir the musical 2
dari pukul 2pm hingga 12 malam ke atas.


18 januari 2011-20 januari 2011:
bump-in dan full dress untuk teater tun mahathir the musical musim kedua.
dari pukul 5pm sehingga 12 malam ke atas.
di pentas Lambang Sari,I.B


21 januari 2011-31 januari 2011:
show teater tun mahathir the musical musim ke-2
arahan Rosminah Tahir
di istana budaya,kuala lumpur


p/s: hadir pada waktu pagi untuk perjumpaan teater ecological 
jam 10 pagi hingga 4 petang.


27 januari 2011:
show teater ecological puteri gunung ledang
di Aswara,kuala lumpur
arahan Dr.Catherine Diamond dari California,San Francisco


hari-hari biasa..
pack dengan study juga...
sangat pening dan letih...


NO LIFE~




sakura, 01:42am

HIJAU

18 jan 2011


ibu ibu...


ya nak...


ibu..kenapa kita duduk kat atas rumput ni?


rumput ni hijau kan?
anak tak suka ke?


suka..tapi rumput ni tak ada atap lah ibu..


memanglah tak ada atap..
kita duduk saja dulu kat sini ya..


kenapa ibu?


rumah kita dah tak ada nak..


rumah pergi mana ibu?


.....rumah dah terbakar nak....




sakura, 01:33am



KUPAS

18 jan 2011


hari-hari sakit badan,sakit telinga,sakit kepala


sakit seluruh anggota..
sebab apa ya?
sebab terlalu mahukan yang terbaik..
berlari sana sini..
lompat sana sini..
guling sana sini..
sebab apa ya?
sebab masing-masing perlu cari sesuatu yang baru..
kata guru...


kupas lagi kupas lagi..
saya mahukan awak buat lagi baik..
apabila kita bergerak dan berkata-kata..
mesti ada suatu tujuan dan level..
jangan berangan..!




sakura, 01:27am

BELAJAR

17 jan 2011


kita belajar tentang pelbagai perkara
terlalu banyak info yang kita terima
hari demi hari info semakin bertambah


dulu aku banyak belajar tentang sejarah malaysia
aku belajar kira-kira..
aku belajar macam mana mahu mengkaji katak dan pokok
aku sangat mementingkan semua itu..


sehingga kini aku belajar tentang teater pula
sejarah teater, bukan lagi sejarah malaysia..
aku tak belajar kira-kira lagi..
aku tak belajar cara mengkaji katak dan pokok lagi..
aku cuma mengkaji skrip dan watak..


semua telah berubah..
sangat berbeza..


betul lah..
kita belajar atas sesuatu sebab..
bukan kerana sehelai kertas..
tetapi kerana untuk mencari hidup kita..




sakura, 19:33pm

MATA LEBAM

17 jan 2011


kenapa mata lebam?


.....


sakit ke?


.....


dah sapu ubat?


.....


doktor cakap apa?


tak cukup tidur....


-hmm-




sakura, 14:39pm

SUKA

16 jan 2011


suka..
Dong Bang Shin Ki, Super Junior, Rain-Bi, Bomi


suka 
cerita korea..


suka 
fesyen korea..


suka
lagu korea


suka
kawan-kawan rapat sekarang..
abang long,capit,aroha,anip,ejad,topex,tash,abang akim,dee..


kami sangat rapat...
kami suka kami..


sakura, 01:36am

MACAM-MACAM

16 jan 2011


kereta tu adik..


okey..sorry..


kau jalan tengok depan je kan?
kau nak mati ke?
tengoklah kereta..


ya ya..sorry..


-diam sejenak-


aku ni..
cakap kat kau,"kereta kereta"
kejap lagi aku yang kena langgar..


-kami ketawa-
-topex dan adeeq-




sakura, 01:31am

TRAGEDI

16 jan 2011


awak..perlahan lah sikit..
laju sangat ni..
bahaya nanti..


tak apalah..
awak duduk diam-diam ya sayang..


awak,saya takut lah..


awak..
jangan takut saya ada..


banyak kereta lah..
kenapa awak bawa laju sangat malam ni..?


takut sangat..
ehh! pakai helmet cepat..


helmet kan ada satu saja..


ambil kat kepala saya ni..


habis awak nanti?


jangan risaulah..


okey saya ambil ni..
dah pakai..


baguslah..
awak..saya nak tanya boleh..?


tanyalah..


awak sayang saya tak?


mestilah saya sayang awak..


kalau macam tu..peluklah saya kuat-kuat..


okey..saya peluk ya..


terima kasih sayang...
-menitis embun-


-merintih sendiri-


awak tak cakap dekat saya hal sebenar..
awak suruh saya pakai helmet..
awak suruh saya peluk..
rupanya awak tahu, awak akan tinggalkan saya..
kenapa awak tipu saya..
awak tak beritahu saya..
yang....
motor awak tiada brek masa itu..


adakah awak tak mahu saya risau..?


saya tak akan lupa pada awak..
sayang..


-titis embun sepi-


sakura, 01:25am

SELAMAT PAGI

16 jan 2011


lambatnya..
mana ni?


-20minit kemudian-


selamat pagi..putera kacak awak sudah tiba..


mana? mana?


kat sini lah..
tak nampak ke?


mana?


depan awak ni..


awak bukan putera kacak saya..


habis saya siapa??


awak penyeri hidup saya..


-mereka tersipu-




sakura, 01:13am

ROLLER COASTER

16 jan 2011


jom kita naik roller coaster..


ha? kat mana?


nak naik tak?


hmm..nak..tapi kat mana?


kat sini..weeee....


-tersenyum-
roller coaster atas jalan raya..?


seronok?


-lihat satu sudut-




sakura, 01:09am

BUNGA HIGHWAY

16 jan 2011


cantiknya bunga tu..


awak nak ke?


ha? mestilah..


diam tanpa kata..
hanya khusyuk melihat kecantikan bunga..
bunga yang melambai-lambai di waktu malam..
pandang sahaja, mula tersenyum..
duduk..diam..
5minit kemudian..
bunga highway itu berada dalam tanganku..




sakura, 01:04am

RUTIN PAGI

16 jan 2011


aku berjalan menuruni bukit..
angin bukit sepoi-sepoi bertiup..
aku jalan hingga aku jumpa tempat untuk duduk..
aku duduk..
tiba-tiba datang seekor kucing hitam..
mengiau di sebelah aku..
aku gosok dia..
aku belai dia..
dia manja dengan aku..


datang seorang ibu dan dua anak kecilnya..
membawa anak-anaknya bersiar..


"mama..kucing lah.."
"nah..ambil keropok ni,bagi kucing tu sikit"


anak kecil itu datang ke arah aku..
memberi kucing itu makan..
"nah..kucing,makanlah"
"dah jom balik"
"okey mama.."


aku melemparkan senyuman kepada ibu itu tadi..
dia membalas senyumku..


hari seterusnya..
aku turun lagi bukit seperti biasa..
dan kali ini..
kucing hitam itu mengekori aku dari belakang..
aku duduk di tempat biasa..
kucing itu melabuhkan dirinya di atas riba aku..


datang ibu dan anak kecilnya lagi..
"mama..nak keropok.."
anak kecil menuju ke arah aku lagi..
"nah kucing lapar.."


kali ini..ibu dan anak kecil itu pula senyum kepadaku..
aku membalasnya..
angin bukit bertiup sepoi..tanpa henti..
pagi mendung yang sangat tenang..


itulah rutin pagi..


sakura, 00:52am

BUKA MATA

15 jan 2011


buka mata..


jam sudah pukul 07:30 pagi..


siap akhirnya tepat pukul 08:30 pagi..


berjalan keluar rumah, menunggu kereta merah putih..


naik kereta, 


"brrr brrrr" vibrate handphone ni..


"cepat..."


sampai di stesen lrt...


"tiket ke masjid jamek 1"


naik tangga, masuk lrt..


aahh! tak ada tempat duduk pula..
berdiri sahajalah..


bergoyang-goyang dalam lrt..


sampai akhirnya..
10-15 minit berjalan menuju ke tempat belajar..


sambil "karoke berjalan"
tiba di tempat belajar..
buka laptop..
mula menaip..


sakura, 02:31am

NEW BOOK

15 jan 2011


after 105 post before...
now i open new book..
in here..
starting 15jan2011
so..
im going to write in here..
new face,new topic,new life..
^-^


sakura, 02:18am