JABAT

29 jan 2011


setelah 12 tahun..
kini aku bersua kembali dengan beliau..
aku berjabat kembali dengan beliau dan isteri beliau..
saat aku melihat rupanya kini..
jauh bezanya dari dulu..
kepantasan beliau dan isteri beliau berjalan..juga semakin lemah..
dulu..beliau senyum sebagai seorang perdana menteri,..
kini beliau tersenyum lagi sebagai seorang bekas perdana menteri..
aku sangat menghormati beliau..
aku terasa pilu ketika melihat beliau melangkah ke arah kami..
sambil berusaha memberi senyuman kepada rakyat yang pernah dipimpin olehnya..
aku sangat teruja melihat beliau..


beberapa minit kemudian..
langkah beliau semakin hampir kepada aku.
dihulurnya tangan kami bersama serentak..
aku berjabat kembali dengannya setelah 12tahun aku tidak berjabat dengan beliau..
kelembutan kulit di tapak tangan beliau masih sama seperti 12 tahun yang dulu..


aku ingin sekali berkata pada beliau..
" saya takkan lupa jasa tun pada negara dan kami sampai akhir hayat saya"


namun mulut aku semacam terkunci..
debaran di hati..
sangat bersyukur kerana aku dapat berjabat kembali dengan beliau dan isteri beliau..
aku bangga dapat turut mementaskan Tun Mahathir The Musical 2,
harapanku pada beliau..semoga beliau terus memimpin walaupun beliau bukan lagi 
memegang jawatan itu..


Selamat kepada Tun Sri Dr.Mahathir serta Tun Sri Siti Hasmah


mieya, 02:36am





No comments:

Post a Comment