SEBELAH

29 april 2011

kecewa . kecewa . kecewa

aku sangat kecewa.
aku dapat rasakan yang aku hanya bertepuk sebelah tangan.
kenapa?
kenapa harus aku yang bertepuk sebelah tangan?
kau jahat. kau tak nampak aku kat sini.
kau tak nampak ketulusan aku.
benci . benci kau .
apa harus aku lakukan?
jangan buat aku terluka lagi.
tapi bagaimana harus aku katakan pada kau?
aku tak sanggup kehilangan senyuman dan kemesraan kau.

cinta? apa kau buat kat sini?
pergi dari sini ..
apa niat kau sebenarnya datang sini?
untuk hancurkan diri aku lagi?
untuk musnahkan impian aku lagi?
aku dah cukup merana dengan kehadiran kau ..
kau cuba merosakkan hubungan aku dengan dia.
kau langsung tak berguna.
aku benci semua . benci kau semua .
sudah cukup aku sakit sekarang. 
jangan tambah lagi ..
aku merayu..

*epilog tiga*

sakura, 13:24pm

MISS YOU

28 april 2011


jangan pergi lama sangat.
saya tunggu awak dekat sini.
ya, dekat sini.
tak jauh pun.
tak sanggup jauh dari awak.
nanti saya rindu.
saya tak suka merindui awak.
awak jangan lupa datang semula.


ya, saya tunggu sampai saya nampak senyuman awak.
awak jangan buat saya macam ni ya.
saya sedih nanti. cane?
jaga diri ya.
xoxo


*masih menanti*




sakura, 00:40am

BICARA KUNANG

28 april 2011


aku lihat dia.
dia senyum pada aku.
aku balas senyum dia.
dan aku kalihkan pandanganku secepat mungkin.
kenapa aku buat begitu?


dia layan aku seperti sahabat.
aku tidak.
aku mula menyimpan rasa.
entah bila perasaan itu hadir.
aku sangat sakit melihat dan merasa keadaan ini.
aku tidak tahu apa rasa dia pada aku.
samakah seperti aku?


aku pendam sendiri lah.
kamu semua sibuk kenapa?
kamu semua tak tahu apa rasa aku.
ya! aku tak mengharap. aku mula membuang perasaan "mengharap" aku tu.
sebab aku takut diri aku termakan lagi nanti.


aku cuba cari di mana dia walaupun aku mengelak dari mencari dia.
kenapa?
perasaan itu hadir ketika aku melihat engkau?
jahat! aku benci kau! kenapa kau buat aku macam ni.
kemudian kau masih boleh lagi lemparkan senyuman pada aku.
kau kelirukan diri aku.
apa sebenarnya rasa kau?
tolong. katakan sesuatu.
aku perlu jawapan. agar aku tidak terus memerhatikan kau.




*kunang-kunang menari*


sakura, 00:29am

MALAM

27 april 2011


pergi dataran.
duduk atas batu.
pokok rendang yang basah.
lihat gelagat orang ramai.


datang seorang penagih dadah.
beri salam.
minta rokok sebatang.
tak ada rokok.
terus berlalu bersama sisa hidupnya.
jam berdetik pada menara jam.
masa untuk pergi telah tiba.
sebelum stesen tertutup.


*berjalan senyap*


sakura, 00:08am

SIAPA DIA

26 april 2011

jangan salah faham dengan sikap aku.
jangan salah faham dengan kata-kata ku.
aku memang begini.
kau jangan anggap yang bukan-bukan.
aku tak ada niat yang lain.
niat aku cuma ingin lihat kau gembira, dan aku turut gembira.
itu sahaja.

ingin sekali aku cakap begitu pada dia.
tapi aku tak terdaya.
kenapa? susah sangat untuk aku musnahkan bunga itu.
aku tak sanggup.
kenapa aku rasa macam tu?
siapa yang hadir dalam khayalan aku tu?
dia kah?
atau tiada siapa-siapa?
kenapa aku tak mampu memanggil dia.
tolong jangan buat aku keliru lagi.

*epilog dua*

sakura, 10:49am

LEGA

25 april 2011


assalamualaikum,
selesai sudah teater moden kami yang bertajuk Buat Menyapu Si Air Mata.
teater yang dipersembahkan pada 22,23,24 april hari tu.
pelbagai dugaan,rintangan,cubaan yang kami tempuh sepanjang produksi kami berjalan.
3bulan saja cukup untuk kami mengenali antara satu sama lain dan pelajri pelbagai perkara.
ada suka ada duka di antara kami..
kami tak pernah putus asa. dari situ banyak memberi kami kekuatan
kami buat set pentas sama-sama, buat kostum, makeup, props, publishing sama-sama.
kadang-kadang tu sampai bergaduh. 
tpi tak lama , sekejap saja..
lama-lama pulih la semua tu.
show kami sangat memuaskan.
kami tahu kadang-kadang tu kami down atas pentas,
tapi director dan SM kat atas bilik teknikal tu tak putus-putus bagi kami semangat.
penonton juga suka dan enjoy.
itu saja lah yang dapat dihuraikan.
tunggu Produksi Teater Kanak-Kanak pula sem depan.


sakura, 20:20pm