CAPRICORN

21 mei 2011


tepat jam 4 petang pada hari khamis di bulan December.
seorang bayi perempuan telah lahir di dunia.
bayi perempuan yang sangat kecil dan comel.


pada tahun 1999 dia telah masuk ke tadika,
dan berkawan dengan ramai kawan cina.
dia kurang fasih bercakap bahasa melayu.
comel.
selamat tinggal 1999, kini dia telah sekolah rendah 
di situ, dia belajar untuk bercakap bahasa melayu,
pada masa itu dia tidak mempunyai ramai kawan 
kerana kawan-kawan menganggap dia budak asing di situ.
tapi dia sangat pintar dalam pelajaran.
dia rajin dan sangat pendiam dalam kelas.


pada tahun 2006  dia melangkah ke sekolah menengah.
gadis yang kecil dulu telah remaja kini.
janggal pada mulanya melangkah ke alam remaja.
menjadi seorang yang pemalu dan pendiam.
pada tahun 2008 gadis ini telah tahu apa itu erti hidup.
gadis ini mula untuk cuba berfikir jauh dan matang.
sikapnya yang pendiam itu kini berubah menjadi peramah.
sikapnya yang peramah pula sangat disenangi oleh rakan-rakannya.
seronok berkawan dan bersaing dalam pelajaran.
gadis ini tidak suka terlalu bersosial. 
gadis ini hanya suka duduk di rumah, dan keluar di halaman rumah.


tamat sudah belajar di sekolah menengah, pada tahun 2009.
dia mula masuk ke kolej pada tahun 2010.
rasa sangat ganjil dan asing muncul lagi sekali dalam hidupnya seperti dulu.
tapi kali ini dia tidak lagi diam seperti dulu.
gadis ini sangat ramah dengan semua orang.
disenangi oleh semua rakannya.
gadis ini cuba untuk bersikap lebih matang.
namun sikapnya kadang-kadang masih kebudakan.
pengalaman dan perjalanan hidup yang mengajarnya.


kini..
gadis itu sudah tahu apa itu erti hidup, keluarga, cinta, sahabat.
kasih sayang dan kebahagiaan.
duka dan sengsara.
semua itu hadir tanpa disedari.
semua itu dipelajari sikit demi sedikit.


*Capricorn yang lahir di bulan December*


sakura, 20:39pm



No comments:

Post a Comment