STESEN

16 mei 2011


berjalan di bawah hujan renyai,


"opp! hampir terjatuh" 


putera menyambut tangan gadis.
sambil mereka berjalan. gadis meminta putera untuk menyanyi.
gadis tidak mahu putera diam sahaja.
"nyanyilah. janji jangan membisu"


putera hanya tertawa.
tidak lama kemudian, mereka bernyanyi bersama.
putera memimpin tangan gadis.
sepanjang perjalanan mereka.
gadis telah membaca satu naskah yang ditulis oleh putera.
dan gadis merasakan sesuatu tentang naskah itu.
jantung gadis berdegup kencang.
apa sebenarnya itu? kenapa serupa? sebijik?
tapi gadis tak mahu berharap lagi.
gadis takut hati terluka lagi.
biarlah gadis berdiam diri. seolah tidak tahu apa-apa.
kenapa putera buat macam tu?
putera sedarkah apa yang putera dah buat?
atau putera sengaja buat untuk memainkan gadis?


sewaktu putera berada pada jarak jauh .
gadis terlihat putera tersenyum sendirian.
melambai gadis itu kepada putera.
dengan harapan....


*menanti stesen terakhir*


sakura, 23:19pm

No comments:

Post a Comment