EPILOG AKHIR

09 mei 2011

Hancur musnah harapan aku. segala yang aku pendam, segala yang aku rasa kini hancur begitu sahaja. Pilu, sakit, pedih, luka yang parah di hati aku. berkecai melihat dan mendengar semua itu. Ternyata apa yang aku rasa selama ini benar. Dia menyukai orang lain sebelum ini, dan aku kenal siapa dia. Untung orang itu, sangat beruntung apabila disukai seseorang yang sangat mulia, sangat baik, dan sangat penyayang. Kenapa bukan aku di tempat gadis itu? Kenapa bukan aku? kenapa harus ini tempat aku? “awak kena kuat” itu yang dia pesan pada aku. setiap kali aku berbicara dengan dia. Ya! Aku kuat. Aku boleh kuat. Tapi dia tahukah kemampuan aku sejauh mana? Aku hanya menganggukkan kepala setiap kali mendengar kata-kata dia. Ya allah. Kenapa ini harus terjadi dekat aku? apa ujian Mu terhadap aku? aku cuma inginkan kebahagiaan. Tiada lagi yang lain. Perit hati aku setiap kali berdepan dengan dia, aku memang tidak sempurna. Sangat tidak sempurna, malah gadis itu lebih sempurna dari aku dan mana-mana wanita dalam dunia ini. Aku cemburu dengan gadis itu. Sangat cemburu. Tapi aku tak boleh salahkan dia, kerana dia adalah orang yang disukai oleh jejaka yang aku cintai. aku terlalu mengangumi diri dia sehingga aku sanggup mencederakan hati aku sendiri tanpa aku sedari. aku tak pernah salahkan dia. Ingat lagi dulu. aku pernah katakan pada dia, kalau dia nak lihat orang yang aku suka, lihat mata orang tu, dan orang tu akan terus memandang wajahnya. Tapi, setelah perkara ini berlaku, setelah cinta aku tak terbalas, aku katakana pada dia lagi sekali. “janji dengan saya satu perkara, janji yang awak tak akan pernah salahkan orang dalam cermin tu”. Aku menghulurkan jari kecil ku, lama aku menunggu untuk dia memaut jari aku. “dan jangan pernah pisahkan saya dengan orang dalam cermin itu, saya merayu” dia hanya diam! Memaut jari kecilku dengan perlahan. Aku terus menangis tanpa henti. Dia memegang tangan aku. aku dan dia terdiam saat azan isyak berkumandang. Kami hanya termenung dan bisu terus tanpa kata apa-apa. Aku beri pada dia buku kecil yang menjadi peneman aku saat aku merindukan dia. Saat aku dalam kesunyian, hanya buku itulah peneman aku dan hanya buku itu yang tahu rahsia hati aku selama ini. “dulu ketika saya memendam rasa, buku inilah tempat saya meluahkan perasaan saya, kini ia dah tak berguna untuk saya lagi, saya beri pada awak, awak simpanlah ya.. jangan beri pada saya kalau awak tak mahu buku ini sekalipun” . dia menangis bersama aku. aku semakin sayang kepada dia. Semakin merindui dia. Aku tak dapat membenci dirinya. Dan aku katakan pada dia, mungkin ini takdir yang aku dapat. Dia hanya membisu tanpa bersuara sepatah pun. Yang dia hanya mampu kata pada aku, ‘kuat’ aku harus kuat kata dia. 29 april 2011 aku mula menulis buku itu kerana aku tak dapat menahan lagi hati aku yang penuh tentang dia yang aku pendam sejak perasaan kasih dan cinta itu hadir sebelum ini tanpa aku sedar bilakah waktunya.. Dan aku tamat menulis pada 08 mei 2011 . aku tak sangka , cukup sepuluh hari aku menulis. Akhirnya semuanya berakhir pada malam itu. Terima kasih sebab mendengar luahan aku. tolong jangan tinggalkan aku, tolong jangan jauhi aku, tolong jangan membenci aku, tolong jangan pernah berubah. Jadi lah seperti dulu, ketika aku mengharapkan dia. Tolong izinkan aku mencintai dia, walau hanya dalam diam. Jangan rampas kebahagiaan aku sendiri. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Seandainya orang dalam cermin itu harus hapus. Akulah orang yang akan memecahkan cermin itu. Tidak sesekali penghadir yang lain. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan saya juga. Sekiranya awak sedang berduka, saya sentiasa ada di sini. Di dalam hati dan fikiran awak. Walaupun awak tak pernah sedar semua itu.


*menutup dengan senyuman*
~epilog akhir

sakura, 09:48am -coming soon-

No comments:

Post a Comment