SEJENAK

16 march 2011


cinta ?


dulu aku percaya pada cinta..
aku percaya pada kasih .
percaya pada sayang.
tapi setelah hidup aku dipermainkan oleh seorang lelaki yang aku sayangi dan cintai


aku mula tidak mempercayai cinta, apatah lagi dirinya..
aku cuba untuk percaya dia buat kali keduanya.
tapi rasanya lain.
aku rasa sesuatu yang lain.
aku sangat terkilan.
hati ini sangat hancur dan luluh berkecai.


kenapa diriku masih memberinya peluang untuk memperbetulkan keadaan ini?
dia telah memilih ku dari wanita itu.
dia memilihku kerana dia lebih menyayangiku.
namun hatiku kini sudah tidak teruja seperti dulu.
seperti sebelum ini.


dalam ingatan ku hanya bermain perkara ini.
aku sangat buntu.
bila aku bertanya padanya,
dia hanya mampu menjawab.
yang dia kesal pada apa yang telah dia lakukan.
aku berbelah bagi kini.
apa harus aku buat? senyum ku adalah tangisku.


*monolog tamat*


sakura, 01:26am

No comments:

Post a Comment