USIR

19 april 2011


aku cuma mahu mencari ketenangan.
kenapa kau muncul pada masa ini?
tak cukup lagi kah dengan apa yang kau dah buat pada aku sebelum ni?


aku tak mahu kau hadir lagi dalam hidup aku.
aku merayu, tolonglah dengar..
kau telah banyak musnahkan perasaan aku.
aku tahu kau perlu temani aku.
tapi kenapa kau datang ketika aku sedang melihat dia sahaja?
dan aku lihat dia seperti tak endahkan aku.
sebab kau yang tidak menyenangkan aku
kau buat aku berfikir bukan-bukan.
aku cuma mahu bersapa seperti yang lain.
tapi kau selalu sahaja mengacau.
banyak kali aku cuba lari dari kau. 
kau masih dapat kesan di mana aku ada.


lepas ni,
apa lagi harus aku buat?
untuk elak dari kau?
kau buat aku berharap.
tolong, jauhi aku.


*cinta menjawab : kau dilahirkan untuk bersama aku*


sakura, 08:43am

No comments:

Post a Comment